Monday, September 28, 2009

:. cUti daH haBis lol :................

Pejam celik..pejam celik...pastu pejam lagi....pastu celik balik(bila mau habis daa..)

Cuti dah come to the end..cam baru smalam je aku balik rumah...x pe2....

Ari niey, aku g UTM tumpang jiran sebelah rumah aku..dia keje kat UTM,Fakulti Elektrik...
Bertuah aku masuk UTM Skudai niey...sebab pe..? Dah la kadang2 balik rumah, ayah sedara aku anto...dia jadi Penolong Pendaftar Kanan kat UTM...Pergi UTM lak, dgn jiran..oooo...save budget nampak...

Bertolak dari rumah lebih kurang kol 9 pagi lebih...pastu, singgah kat Endau-Rompin tuk makan tghari...kitorang makan ikan bakar dengan udang pe ntah nama beliau..giler besar udang tu..sekor RM 15 hengget u...besar cam raksaksa gorgon..(mesti korang tak kenal raksaksa gorgon tu ape)..ia adalah sejenis makhluk dalam cite Ultraman..hahah~



Oleh kerana aku tak makan udang, aku tgk je la jiran aku mentedagah udang dan mematah-matahkan sepitnya..sehingga kedengaran bunyi "prap"....kalo lah udang tu idop, mesti beliau berkata, "adoi, sakit la"..hakhak...

jalan nyer jalan..sampai la kat UTM kol 4:50:43...aku record masa ler...naek je kat aras bilik aku, huh..cam dalam cite Wishing Stair la plak..tak de orang..senyap...orang tak datang lagi..


Pastu, aku kemas bilik, pe lagi, tido la sekejap...ngantuk memang tak leh blah...Ye lah, sebelum tu, aku tido kol 4.00 pagi kat rumah...

Pas melantak burger ayam special, about 10:15:28, Zuhdi datang bilik...lepak2 dengan Zuhdi lu..sembang2 aper yang patut...

Haha...Zuhdi, tak pe...rahsia ko aku simpan kemas....Serious meremang bulu roma aku sal ehem2 tu la....dunia dah terbalik kan..haha~...ops,tak leh cite lebih2....;p

ah...ngantuk tahap gaban niey....kol 2.05 pagi, ketika post niey ditype, Hairi, Wan dgn Izzat baru sampai...Norman, Mujahid tak sampai lagi...over lak diorang bercuti..huh, dah macam cuti bersalin dah..dapat anak baru ker...?hua3x...


Tak pelah, aku nak tido dah niey..nak mengharungi hari esok yang penuh dengan perkara baru yang perlu diexplore....
........nite everybody.....konbanwa........alhamdulillah hillazi ahyana ba'dama amatana wailaihinnusyur.........
zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...............

Friday, September 25, 2009

.:. GoOd or BaD..??? :'


Last night, I watched Berita Dunia, 11 o'clock....Something trigger that makes world take a deep sight of relief...

What is it...? Ouch...Finally, researchers in Thailand say they have made progress in developing a vaccine for AIDS. A six-year trial working with volunteers showed that a combination of drugs reduced the risk of HIV infection.

More than 16,000 Thai men and women took part in the clinical trial of a vaccine to prevent HIV infection and lower the amount of the virus in the blood stream. The trial, the largest the world has seen for an AIDS vaccine, showed a combination of existing drugs reduced the risk of HIV infection by more than 30 percent. It is the first vaccine to reduce infections.

It was sponsored by reseachers of U.S Army...

What's the meaning...?

Okay..I ask you one question..? What mostly cause of HIV infection..?
Random sex, right....? Thus, when the vaccine has discovered, of course, the percentage or cases of random sex will increase...Because why, we have the cure...

And you know what, the highest cases of sexual abusement in this world was reported in U.S.A...
People don't afraid anymore...

However, as I mentioned above, it just reduce 30% infection...Still lower...

You have a good cognitive, so, you think yourself....either it is good or bad.....

Wednesday, September 23, 2009

:. 1 KiSah tEntaNg 'MALAS' :.


Korang mesti slalu merungut kalo ad banyak assignmnet kan..??Ah, banyaknye assignment..malas tol nak buat..Hmm, hujung minggu niey la wat...Malam karang kol 12 pas bangun tido la wat..Tunggu je la sesape siap lu, pastu,copy,edit la...Rasa malas tahap cipan kan korang...?
-aku pon same :p -

Adakah anda seorang yang pemalas? Aku ada satu kisah yang sangat lucu tentang ‘malas’ yg ingin dikongsi…begini ceritanya…

————–

Al-kisah…pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku,

Katanya : “Saya adalah yang paling malas”

Raja pun bertanya : “Apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut :“Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “Sampai mana pulak tahap malas awak?”

Maka jawabnya : “Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam? Ada juga orang yang macam ni, katanya dalam hati.

Tiba-tiba, tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

“Saya adalah yang paling malas tuanku”.

Raja pun bertanya, : “Haa bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

Budak itu pun menjawab dengan selambanya: “NAK CITER PUN MALAS DAA…”

kwang… kwang… kwang


The moral of the story is, MALAS pembantut kejayaan! Jadi, jangan jadi pemalas kalau nak berjaya....Tapi, time makan, RAJIN lak kan..tak pernah miss..renungkan....

Tuesday, September 22, 2009

:. NaTuRaL bEautY .:



HiHi~ (n_n) ....Hello there..This is one of my favourite photos from my collection...Actually it was taken during our Geospatial Survival Camp in Lanchang, Pahang..Yes..The place where you can find crystal clear river water flows near your campsite..so calm~

Okay, back to the topic...What's so special regarding this photo?haha...All of the boyz look so hot right? With the hairstyle,facial expression and macho, especially the one who is in yellow sweater..ops..hua3x....

Zuhdi without his spectacles..Hairi was staring 'tudung labuh' gurlz... Me, showing my white teeth :p and Nublis with his pamper face...


I tell you the hidden secret, all of us( including fasilitators) didn't take any bath yet..ho~ didn't apply any make-up and some touch-up..but still looks dangerous....Dat's what we call it as....

N.A.T.U.R.A.L B.E.A.U.T.Y .....anybody got jealous...??? :p

Monday, September 21, 2009

:. HePi eiD mUbaRaK :.


SAlam Lebaran minal ‘aidin wal faizin

mohon dedaunan kemaafan..

dek segala kekurangan diri..

keterlanjuran bahasa..kekhilafan pndgn.. kekerasan tatabahasa.

raikan bersama bulan keMENANgan SYAWAL dengan insan tersayang!

berhati-hati pabila memandu pulang ke kg...

salam raya untuk perantau ;) jgn sedih2 ekk ;)

perjuangan yg belum selesai.. teruskan derapan menongkah kejayaan!!

ha.. mkn jgn over!! berhenti makan sebelum kenyang..hehee.. ;)

hepi eid.Taqobalallahu Minnaa wa Minkum..

min almukhlisoh siMpLe-sHida =D
---------------<@
`prAy hArd+wOrk sMart`
> tHink out of tHe bOx <
...bAraKaLLahu fik...
min ..:: siMpLe-G.I JOE::..("_)

:. TipS pUtUS cInta .:

Ini adalah peringatan untuk diriku dan dirimu jua.


Ketahuilah bahawa…


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak serupa dengan kita, supaya kita dapat menjadi penilai yang baik.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sama fikirannya dengan kita, supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak memahami keadaan diri kita, supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK, KHAS UNTUK DIRI KITA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak sempurna, supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yang hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang sangat lain perangainya dengan kita, supaya kita dapat mengutip pengalaman yang tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak komplen itu dan ini, supaya kita jadi MANUSIA YANG HEBAT JIWANYA.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang tidak penyayang, supaya kita lebih faham bahawa CINTA YANG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.


Memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yang banyak sombong dan bangga diri,supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YANG TAK SELAMANYA KEKAL.


Wahai sahabat yang kecewa, menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.


Hari esok pun kita sendiri tak pasti samaada ia menjadi milik kita.


Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhan-NYA,dan meninggalkan laranganNYA.


PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH ‘malu’ untuk menolak permintaan hamba-NYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepada-NYA.


Sabarlah sahabatku. Ceriakan hatimu. Kerana ALLAH itu sentiasa ada bersamamu selagimana kamu taat akanNYA.

Ceria2 selalu….. :)


Saturday, September 19, 2009

:. EsOk hAri RaYa :.



Huh.. ari niey last pose.. Sume duk tunggu pengumuman raya.. Pergh, aku dan keluargaku, kol 7.30 dah terpacak depan t.v... bukan aper, nak tunggu 'pakcik glamour setahun 2 kali' tu umumkan tarikh hari raye..tunggu nyer tunggu, kol 8.10, berbunyilah dialog berikut "Dengan ini, diumumkan, tarikh hari raya jatuh pada hari Ahad...."........ PErgh, bergema suara dalam rumah esok rayer sambil bertepuk tangan... Then, mak aku bagitau, jadinya tahun niey tak cukup la sebulan kita rayer...just 29 hari jer...Mesti korang tak kira kan..??haha...aku tau..sebab aku pon tak kira... ngeh3x...

Maka sibuklah di dapur wat persiapan..kakak ku yang tolong mak aku..Aku tolong jugak...tolong tengok dan makan..haha~ Ye lah nak wat pe, sume dah siap..lantai dah dilap,dah dikemas...Tambah2 lagi jiran aku bagi bubur lambuk and sate..diorang baru siap bakar khas untuk rayer esok...So, melantak la aku..Mak aku sempat bagi tazkirah sket.. Mak aku bagitau.."Sungguh beruntung orang yang puasa sebulan dengan penuh taqwa..Sebabnya, Allah bagi kita pilih mana-mana syurga yang kita nak..and kita boleh pilih apa-apa makanan.." Mak aku sambung lagi... " kalo nak pilih syurga tu, mintak pada Allah setiap kali lepas smayang syurga tertinggi iaitu Syurga firdaus...Syurga firdaus niey setentang dengan arasy".....hehe~
aku pon baru tahu sebenarnya Syurga Firdaus tu setentang dengan aras..thanks mum..

Pas makan, aku jenguk la aper yang mak dan kakak aku masak..then, mak aku buka tingkap jap..Sambil berkata kepadaku, " Tengok, sunguh berangin malam niey"...aku tanya dalam hati...So, kenapa lak..?.....Mak aku meneruskan " Dalam kitab, disebut bahawa pada malam terakhir ramadhan, Allah akan meniupkan bayu lembut dari syurga"....

Oh, ape lagi..aku kluar rumah jap..Hmm, betollah..dapat rasa..memang angin malam niey lembut and nyaman sangat...tenang betol..aku tengok daun pokok, macam menari-nari jer...Bukan wat goyang gerudi r..hakhak~...

Alang-alang dah kluar rumah tu,aku g la kt tempat lepak biasa dgn kawan2ku...Maen mercun r...Boom...bommm..kebabooom...Mlam tu, sume mercun dipasang....dah macam nak sambut Merdeka dah...terang langit malam tu..sume pasang...Seronok beb...

Kemudian, misi diteruskan dengan aksi meriam...Skrang dah zaman moden..tak guna buluh dah..guna paip besi..entah macam mana diorang modify taah..creatif betol bebudak niey...masukkan cabalt..nyalakan api....KEBABOOM...Kalo ada orang tua lalu, gerenti latah niey...opocot mak kau...kuat bunyinya...fuyyo~...


:. KitA bErtanya, AL-QurAn mEnjaWab.. :.




1.KENAPA AKU DIUJI?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.” Al-Ankabut : 2-3

2.KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” Al-Baqarah : 2163.

3.KENAPA SUSAH SANGAT UJIAN INI?
“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” Al-Baqarah : 286

4.RASA FRUST? TENSION? LEMAH SEMANGAT?
“Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.” Al-Imran : 139

5.BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
“Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). Al-Imran : 200
“Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk” Al-Baqarah : 45

6.APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI?
“Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu’min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… .. At-Taubah : 111

7.KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
“Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dariNya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal.” At-Taubah : 129

8.ARGHHH AKU X TAHAN!!! AKU DAH BOSAN!!
“… .. dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.” Yusuf : 12
***bersabarlah…semoga Allah membantu mu…

~~NaMa sYaitAn dALAm AL-FatIHaH~~





Semoga boleh dimanfaatkan...

Al-Fatihah adalah
satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al- Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati. Nama syaitan;

1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH

2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB

3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU

4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAK

5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)
sepatutnya KA NAS

6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya
bermaksud 'matahari' Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!

7) SIROTHOLLAZI............. sehingga habis
hendaklah dibaca tanpa henti.

8) AMIN ................hendaklah mengaminkan Al-
Fatihah dengan betul iaitu AA......dua harakat, MIN .... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat .....

Insya-Allah.
semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.

Sebarkan hukum Allah walaupun satu ayat
semoga kita mendapat rahmatNya, InsyaAllah

:. I'm sOrRy La :.


Early of this morning...after having my sahur... One of my friends text me using Yahoo Messenger for some reason...Let's give name to that person as Mr. K..... I don't know he's moody... really don't know...

Then, unfortunately, a bad situation occur... I was scolded with harsh words...OMG...Oh No kamu So... I took my decision to sign out from YM.. to let him cool..Like people say " Api, jangan disimbah dgm minyak, nanti makin marak jadinya".....

O.K, we proceed to the next chapter...that evening, while I was watching a T.V Series namely "Taubat-Pengemis Palsu"., my phone sudddenly rang... I look at the screen..Display Mr.K's name...My heart beat fastly...Running like I was chased by a fierce crazy dog....nervous u know...

The msg said " Maafkan ak ats kata2 ak pg td..ak tgh bengang pg td.. x berniat pn..sori la lpskn bgang n geram ak kt ko..slamat ari raya maaf zahir"
Afterwards, i replayed his msg...Then, I smile.....hehe~

Thursday, September 17, 2009

:. ooo balik rumah... :.

Ari niey 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan...So, pe lagi..time tok balik rumah la..excited bukan maen lagi dalam hati..melonjak-lonjak nak kluar dari tulang rusuk dah perasaan ini..tak terbendung lagi..Dah almost 2 bulan lebih tak balik..

Gembira campur sedey...tu lah perasaan aku...sedey sebab berpisah dengan teman2 almost 10 hari..lama tu..

Thanks kepada Nubli sebab sudi anto aku g stesen bas..terima kasih sangat2...susah2 jer..Then, sempat juga aku bagi kad raya kat Nub..padahal pas sahur baru start tulis kad tu..hehe~....bas aku kol 11 pagi..kitorang samapi almost 10.15...awal lagi..ape lagi, aku g shopping baju raye lagi la kat situ..cantik2 beb baju kat situ..habis dekat RM 100 hengget la jugak...

Pergh..buka jer pintu rumah, aku bau ayam percik...nyam3...menggoda betol baunya...Semalam, aku tepon mak aku..suruh wat cendol...hehe..skali-skale bermanja kan...ada mee rebus siap..kenyang tol...kakak aku ad skali kat rumah..

Sebelum tu, aku layan cite Jejak Rasul dengan mak aku...Ketika post ini ditype, aku sedang makan cendol dalam bilik aku..haha~

tak KeNAL maKa tAk cINta....


Peribahasa yang slalu kita dengar dan agak glamour la jugak...So, kat sini aku introduce la serba sedikit tentang diri aku..nanti korang kate aku nie dari Planet Marikh lak..Alien..hu~..

Watashino namae wa Muhammad Azizol bin Ismail detsu..Aku anak bongsu dari 5 adik beradik..ada 2 0rang abang yang hensem and 2 orang kakak yang cun..balance la tu..ramai betol yang request kakak aku..haha~ ....

Anak bongsu, of course la aku manja dari segi emosi...Mudah menyayangi dan membenci seseorang..Dari segi teori, aku niey tak lah sensitif orangnya..Susah sangat nak sakitkan hati aku..sekebal KuBu A Famosa(tetiba jer)...but, once I get hurt, there's no point to turn back..tragik bunyinya tu..lalala~ stakat niey, tak de la lagi kes camtu...

Aku niey jenis yang open-minded..matang la dari segi pemikiran...Alhamdulillah, dalam idop aku, masalah jarang singgah dalam diriku...kalo ada pon, yang small-matter jer...aku leh handle on my own feet...sebab tu muka aku gembira jer 24 sampai tido...

Seorang yang cerewet sebenarnya....pasal kebersihan, assignment, kekemasan dll...bukan pe, kita cerewet kerana kita inginkan kesempurnaan... Memang betol, manusia itu tidak sempurna..TAPI, jangan jadikannya ALASAN untuk menjadi lebih tidak sempurna...

Sebenarnya, aku suka dengar masalh orang laen..ye lah aku takde problem idop,so dgr yang orang je la...So, sesape yang ada something private to share or tak de orang nak dengar, korang leh luahkan kat aku...telinga aku dah macam telinga gajah nak dengar..especially teman2 dari course aku...i can keep ur secret in my heart...believe in me okay...I'm good listener...

Aku suka baca buku agama and motivasi..suka dengar ceramah..suka berdebat mengenai agama..and suka membuat analisis pasal kehidupan...

Apa kelebihan aku..??Aku seorang yang mudah ketawa dan mudah menangis..ye lah, ada orang, tahu ketawa jer, susah nak nangis...ada orang, nangis je kejenya, susah nak ketawa...cam mangsa tsunami...Adakalanya kita perlu menangis agar kita tahu hidup ini bukan sekadar untuk ketawa..and adakalanya kita perlu ketawa agr kita tahu menilai betapa mahalnya setitis air mata...

Sangat sayang kepada sume teman2 aku..aku niey bukan jenis yg berkira sangat dengan teman2...tak suka tengok diorang sedih sebab nanti aku akan sedey sama...no la...

I love chocolate very much you know...it can drive me crazy...Futhermore, chocolate can give us short-term memory up to 30 percent...So, when you cannot focus at all, try to have some chocolate..okay....

The Figure 1 above shows Collection of My Chocolates in my room...(ayat skema)...lalala

ah..cukup la tu...nak tau lebih, interview jer aku..haha~..dah rasa cam budak sekolah rendah plak nak introduce niey...ye lah kalo ingat balik time skolah rendah...cikgu suruh berdiri..pastu bagitau nama kuat2...pastu cikgu tanya..."Yang blakang, dengar tak?"...kalo tak dengar, kene ulang balik...Lucu kan kalo imbas kembali..?? haha...


:. My first entry....jz simple introduction... :.


HeLLo wOrLd.. another gorgeous and dangerous blogger just come up...dat's me..haha...actually, i already wish to create my own blog long time ago..but since don't have a very free time, so, I have to delay it..lots of assignments and commitment maa...need to accomplish every single of them...fuh...dat's the price I have to pay as an university student...

Well, in my blog, I would like to express my critism, feeling, opinion or anythings I want to share...

Just wait and see r...Before that... apologise me If my next posts will offense you..o.k..
hehee~