Wednesday, September 23, 2009

:. 1 KiSah tEntaNg 'MALAS' :.


Korang mesti slalu merungut kalo ad banyak assignmnet kan..??Ah, banyaknye assignment..malas tol nak buat..Hmm, hujung minggu niey la wat...Malam karang kol 12 pas bangun tido la wat..Tunggu je la sesape siap lu, pastu,copy,edit la...Rasa malas tahap cipan kan korang...?
-aku pon same :p -

Adakah anda seorang yang pemalas? Aku ada satu kisah yang sangat lucu tentang ‘malas’ yg ingin dikongsi…begini ceritanya…

————–

Al-kisah…pada masa dahulu, ada sebuah kampung dimana semua rakyatnya amat RAJIN belaka tidak ada yang malas.

Jadi pada suatu hari, rajanya membuat pengumuman hendak mencari seorang yang malas. Semasa perhimpunan itu, adalah seorang lelaki mengaku,

Katanya : “Saya adalah yang paling malas”

Raja pun bertanya : “Apa tahap malas awak?”

Lalu jawab lelaki tersebut :“Kalau saya hendak makan,ada orang yang menyuapkan saya”.

Tiba-tiba datang seorang lelaki lagi : “Saya lebih malas lagi dari dia tuanku”.

Tuanku pun bertanya kepadanya : “Sampai mana pulak tahap malas awak?”

Maka jawabnya : “Kalau saya makanpun, sampai ada orang tolong kunyahkan”.

Maka raja pun terdiam? Ada juga orang yang macam ni, katanya dalam hati.

Tiba-tiba, tanpa disangka2 datang seorang budak lelaki datang kepadanya sambil berkata:

“Saya adalah yang paling malas tuanku”.

Raja pun bertanya, : “Haa bagaimana pula tahap kemalasan awak?”

Budak itu pun menjawab dengan selambanya: “NAK CITER PUN MALAS DAA…”

kwang… kwang… kwang


The moral of the story is, MALAS pembantut kejayaan! Jadi, jangan jadi pemalas kalau nak berjaya....Tapi, time makan, RAJIN lak kan..tak pernah miss..renungkan....