Sunday, December 27, 2009

:. Wanita Vs Rama-Rama .:


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.
Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.

Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi.
Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.
Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong.
Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.
Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.

Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban.
Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.

Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.

Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda.

Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.


Thursday, December 10, 2009

:. Semoga DiPanah Petir .:


Ha..nie satu lagi penghinaan terhadap Islam...Kalimah suci dijadikan sebagai tatoo...Masya-Allah...Seb baek minah tu tak palingkan muka..kalo x, mesti dah kene sepak dah minah tu dengan orang Islam niey....

Semoga dipanah petir.....dush3x...!!!

Wednesday, December 9, 2009

:. Merayap-rayap di Bandar Kuantan .:

GAMBAR : MASJID SULTAH HAJI AHMAD SHAH,KUANTAN

Akhirnya,2-3 hari niey, hujan berhenti seketika..maklumlah, skrang Pantai Timur sedang menghadapi Angin Monsun Timur Laut....Cuaca hari niey begitu cerah...cam tau2 jer aku nak gak g jalan2..hihi~


Cam biasalah, kol 9 pagi start kluar rumah...menghirup-hirup udara segar di sana...segar ker..??huh...Argh...nak g mane niey?? nak g nengok orang mancing ikan kat Sungai Kuantan..?? Cam boring la plak..kalo g kat area sane, sakit betol mate aku nanti..orang laki dengan pompuan berkepit tengah dating ramai sangat..pencemaran mata tol...Kalo la aku niey Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan, nak je aku wat satu banner khas, besar2 kat situ..tulis
"MALAIKAT MAUT SEDANG MEMERHATIKAN ANDA SUDAHKAH ANDA BERSEDIA "...hehe


Akhirnya, g je la ke Kuantan Parade, tmpat yang slalu aku pergi...Niatnya, nak g shopping baju,kasut,beli kopiah baru sekaligus g bayar broadband aku...Mak aii, skali kedai2 tu sume tak buka lagi...cuti hujan ker taukeh niey..ish...tak pe lah.. Jadi, window shopping je kat situ sampai kol 11.10... Then, pergi ke Restoran Aliff untuk jumpa kawan aku, Izzuddin..budak class aku time skolah menengah lu..ada hal sket...pastu..kol 12 tgh, pergi la Megamall Kuantan...tempat yang golongan remaja slalu lepak and dating and mencari dunia...ish3x...

Kitorang bercadang nak nengok wayang...So, pe lagi..beli je la ticket wayang yang berharga 9 hengget tu..Cite ape ek..?? The Twilight Saga : New Moon....
gambar ditangkap semasa dalam cinema

Ha...skrang nak cite sal movie niey plak...Pendapat aku la, x yah la korang nak beria-ria nengok sequal Twilight niey..x berapa nak best compare dengan yang first tu...Satu jam yang pertama, aku dah menguap 3 kali dah(sempat lagi kire tu :p)..hampir2 tertido...seroiusly...jalan cite dia okay jer..x brape strong...plot yang lambat untuk klimaks...Mula2 tu, kurang aksi..tapi banyak cakap.. duk pot pet pot pet...cam Opera Cina daa..

Kalo bdak2 pompuan, mesti la suka tengok...kan..?kan...??nak2 kat si Jacob tu..si serigala jadian...kenapa dengan Jacob tu..? ah, kalo yang dah nengok,mesti tau jawapannya...

Alice

Dalam cite niey, aku suka nengok lakonan si Alice tu...style, lincah, cool, unique and tersendiri...nak2 time racing car tu...vampire yang pandai berfesyen walau umur dah beratus-ratus tahun...Kalo la dia jadi manusia, aku dah panggil..mak mak mak mak mak mak mak mak mak mak mak mak nenek...!!!


Cite niey more tu love story.. kat end of episode, I realised yang Edward Chulan tu vampire jiwang rupanya..haha~........For me, out of 5 starts, aku bagi 2 bintang jer...huh, mesti kene marah dengan kipas-susah-mati Twilight nanti...~lalala~

Aku suka nengok cite seram sebenarnya...Ingatkan nak nengok cite Santau..x sempat lak..laen kali je la...okay...


So tired today..almost separuh day hang-out....nak tido lak...hu..seronoknya baring atas katil....cau cin cuu......

:. Tips Kejutkan Orang Bangun Subuh .:

Assola tu khairumminannaum.......

Slalu tak korang kejutkan kawan2 korang bangun Subuh..? Agak mencabar juga sebenarnya nak suh orang bangun niey..bermacam2 kerenah dan gelagat yang dapat kita lihat dan kadang kala mencuit hati jugak..hihi~..ker korang pon sama2 tido..??huh~

Ada yang mudah bangun, and ada lak yang liat nak bangun...Orang kate, kalo bom meletop kat sebelah pon, blum tentu bangun la..Yang paling ramai, bangun..pastu tutup jam loceng, pastu tido balik...sabo je la...

Jom kita sama2 mencuba petua-petui nak kejutkan orang bangun niey...mudah2an berkesan :

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

==tapi kalau still tak ada effect

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

==tapi kalau still tak ada effect gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

==tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya


Huhu..selamat mencuba....Apa yang jadi selepas itu adalah tanggungjawab sendiri..haha~

Sunday, December 6, 2009

:. Mengapa Kita Bertangguh ??? .:

"Alah, date-line assignment nie lambat lagi la...Sebulan pon lagi...banyak masa beb...Nanti aku buat la...................................................."



Pernah tak korang sebut ayat tu..??Mesti pernah kan...aku sendiri juga tak terlepas..macam2 alasan yang kita sendiri cipta untuk membebaskan diri.....asyik tangguh...tangguh...dan tangguh.....nanti, last2 minute, baru la huru-hara....ke situ-ke sini....cam dunia nak kiamat...hihi~

Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap bertangguh (procrastination).

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang. Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka.
Kenapa kita bertangguh yer...??di sini, aku try untuk listkan beberapa sebab yang difikirkan relevan...

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita

2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan

3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah

4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar

5) Tidak ada perancangan yang baik

6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri

7) Kita takut gagal

8) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai

9) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.

10) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat

11) Melayan sikap malas

12) Kurang dorongan

13) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian

14) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius

15) Tiada semangat yang jitu dan mantap

16) Tabiat tidak menghargai masa


Korang dah siap ker assignment yang Lecturer korang bagi tu...??ha..? blom lagi...tangguh la tu....maen internet je keje ye...haha~

Jom lawan sikap bertangguh dan sama-sama hargai masa kita!

Sesungguhnya masa adalah nyawa kita...

Well, memang betol kerja yang kita buat tu akan siap...The difference is, in term of QUALITY...kerja yang dihasilkan dengan last2 minute niey kualitinya kurang..dan....of course markah assignment kita pon akan berkurangan juga sejajar dengan perangai kita yang suka tangguh tu....Even 1 markah pon bernilai tau...1 markah la yang membezakan antara A dengan A-....

So, kenapa nak gadaikan result final kita semata-mata kealpaan kita yang suka bertangguh...???
Jawapannya ada pada diri kita....

Tepuk dada, sakit dada....eh silap..tepuk dada, tanya Iman....Wassalam.....


:. Religious Friend .:


Sometimes, my heart said, it is good if I could have a true friend like the picture above(the real one maa)..I mean, somebody who is very good-manner,humble, polite,know how to be a friend,watch-out his mouth from nonsense and rubbish speaking...and the most important things, RELIGOUS...

So, he can advice me when I have done something incorrectly...Give 'tazkirah' related to divine and basic of why God created human to be a Caliph in this Word...awaken me from my 'nightmare' ,sin,lagho and so on...

I'm not saying, my current friends are not kind enough...Well, I'm glad to have them in my life..They're just supportive, help me when I have problem in academic, makes me smile everyday, willing to sacrifice,cheer, take-care...and 'crazy-type'...huhu....I don't know how to express my feeling....Love you friends....hihi~......I'm happy when they're happy...and not to forget a phrase, "Zol, asal sedih ni...? ada problem ker..? ada orang sakitkan hati ko ker..??Meh sini cerita kat aku..?"....~lalala~

If my friend is alim-attitude, it's like a bonus for me...I don't ask for more...okay....but, we cannot judge a book by its cover right..? Like Mandarin-Orange....If you look the fruit's skin,it's smooth,nice colour and texture,symbol of prosperity..maybe the taste is sour..not so sweet...you know what I mean....? Anybody can change....

Last but not least, so friends, try to learn to appreciate everything that we own today...daa......because without friends, we're nothing....nothing...and nothing....!

Thursday, December 3, 2009

:.21 minit!!!! .:

"Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..ALLAH TAHU" Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

:. Jangan Nyanyi lagu Ini!!! .:

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti



Apa komen kamu semua bila membaca lirik lagu Allah Peduli nyanyian Agnes Monica? Apa yang tidak kena dengan lirik ini? Cuba kamu semua berfikir walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja! So sesiapa yang beragama Islam, berhati-hati nya, jangan disebabkan fanatik dengan artis sehingga terlupa penyampaian artis itu kita leka akan hukum agama Islam. Berhati-hati!

:.Kasut Jenama NIKE, Beri Perhatian.:

This is what the 'NIKE' company did ....
'NIKE' company wrote the name of 'ALLAH' on the shoes & from the back so no one will notice this .....

Agak kurang ajar di situ..Nama Allah dipijak-pijak..Begitu licik orang yang mendesignnya....So, berhati-hatilah kita and try alert dengan strategi2 yang digunakan oleh musuh2 Islam....Moga Allah memberi hidayah kepada mereka...Amin.....

:. Tiket Perjalanan Yang Percuma .:


Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan


1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas


Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

Monday, November 30, 2009

:.acu cuba try test..bijak ke idok??.:

The Banana Test



There is a very, very tall coconut tree and there are 4 animals.

King Kong, an Ape, an Orangutan and a Monkey pass by.

They decide to compete to see who is the fastest to get a banana off the tree.

Who do you guess will win?

Your answer will reflect your personality.

Think carefully . . .
Try and answer within 30 seconds



Got your answer?


Now scroll down to see the analysis.














































If your answer is:


Orangutan
= you're sick

Ape
= you need a break

Monkey
= worse, you suppose to be in the hospital right now..

King Kong
= I think you better take 1 year leave..
.......



Why?! ????
















.......





A Coconut tree doesn't have bananas!


Obviously you're stressed and overworked.
Take some time off and relax!



Jangan marah...nanti kena jual...kikiki.....;P

Reply With Quote

.:Beauty oF Math! :.

1 x 8 + 1 = 9
12 x 8 + 2 = 98
123 x 8 + 3 = 987
1234 x 8 + 4 = 9876
12345 x 8 + 5 = 98765
123456 x 8 + 6 = 987654
1234567 x 8 + 7 = 9876543
12345678 x 8 + 8 = 98765432
123456789 x 8 + 9 = 987654321

1 x 9 + 2 = 11
12 x 9 + 3 = 111
123 x 9 + 4 = 1111
1234 x 9 + 5 = 11111
12345 x 9 + 6 = 111111
123456 x 9 + 7 = 1111111
1234567 x 9 + 8 = 11111111
12345678 x 9 + 9 = 111111111
123456789 x 9 +10= 1111111111

9 x 9 + 7 = 88
98 x 9 + 6 = 888
987 x 9 + 5 = 8888
9876 x 9 + 4 = 88888
98765 x 9 + 3 = 888888
987654 x 9 + 2 = 8888888
9876543 x 9 + 1 = 88888888
98765432 x 9 + 0 = 888888888
987654321 x 9 – 1 = 8888888888
9876543210 x 9 – 2 = 88888888888
Brilliant, isn't it?

And look at this symmetry:

1 x 1 = 1
11 x 11 = 121
111 x 111 = 12321
1111 x 1111 = 1234321
11111 x 11111 = 123454321
111111 x 111111 = 12345654321
1111111 x 1111111 = 1234567654321
11111111 x 11111111 = 123456787654321
111111111 x 111111111=12345678987654321

Now, take a look at this...
101%
From a strictly mathematical viewpoint:
What Equals 100%? What does it mean to give MORE than 100%?
Ever wonder about those people who say they are giving more than 100%?

We have all been in situations where someone wants you to GIVE OVER
100%.
How about ACHIEVING 101%?
What equals 100% in life?
Here's a little mathematical formula that might help answer these
questions:
If:

A B C D E F G H I J K L M N O P Q R S T U V W X Y Z

Is represented as:

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14 15 16 17 18 19 20 21 22 23 24 25 26.

If:

H-A-R-D-W-O-R- K

8+1+18+4+23+15+18+11 = 98%

And:

K-N-O-W-L-E-D-G-E
11+14+15+23+12+5+4+7+5 = 96%
But:

A-T-T-I-T-U-D-E

1+20+20+9+20+21+4+5 = 100%

THEN, look how far the love of God will take you:

L-O-V-E-O-F-G-O-D

12+15+22+5+15+6+7+15+4 = 101%

Therefore, one can conclude with mathematical certainty that:

While Hard Work and Knowledge will get you close, and Attitude will get you there, It's the Love of God that will put you over the top!

:.6 minggu-6 bulan-6 tahun.:

Sebelum Tido:
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach.
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah... Tido kalau tak mengepit tak bole ker???!

Pakai Toilet:
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!!

Balas SMS:
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang..
6 bulan: Trafik jam aah
6 tahun: K..

Dating process:
6 minggu: I love U, I love U, I love U.
6 bulan: Of course I love U.
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???


Pulang Kerje:
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih...
6 bulan : I'm BACK!!
6 tahun: Masak apa hari ini??

Hadiah (ulang tahun):
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak..

Telefon:
6 minggu: Baby, ada yang ingin berbual ngan U di telefon nih
6 bulan: Eh... Your call...
6 tahun: WOOIII TELFON BUNYI TUUUHHH.... ANGKAT AAAAAHHH!!!

Masakan:
6 minggu: Wah, tak sangka I, pandai U masak.Rasa pun sedappp...!!!
6 bulan: Kita makan apa malam ini??
6 tahun: HAH!! LAUK INI LAGI?

Memaafkan:
6 minggu: Sudahlah, tak apa, dah pecah pun, nanti kita beli lagi yang lain,eh
6 bulan: Hati-hati, nanti jatuh tuh.
6 tahun: Orang dah bilang berkali-2 pon tak paham!!

Baju baru:
6 minggu: Aduh sayang, U seperti bidadari dengan pakaian itu
6 bulan: Lah... Beli baju baru lagi?
6 tahun: DAH BERAPA RIBU HABIS BELI BAJU TU???

Merancangkan Holiday:
6 minggu: Macam mana kalau kita jalan-jalan ke Amerika atau ke tempat yg U nak honey?
6 bulan: Kita ke Bukit Bintang aje ler... Senang sikit tak perlu naik flight...
6 tahun: JALAN-JALAN??? DUDUK RUMAH AJE TAK BOLEH KE? BUANG DUIT JE!

TV:
6 minggu: Baby, kita nak tengok cite apa malam ini?
6 bulan : Sekejap eh, citer bagus ah.
6 tahun: JANGAN TUKAR-2 BOLE TAK..

Friday, November 27, 2009

:.Islam atau islam?:.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

Nak tanya kpd shbt2 sekalian, antara berikut, yang manakah akan anda pilih?

Islam___________islam


Mungkin ada yg tertanya2 apa bezanya? Mungkin ada daripada kalangan kita memilih islam yg dimulakan dengan huruf besar. Tidak salah kita memilih yang besar ini kerana kita sememangya patut berasa izzah dengan islam dalam diri kita. Tapi cukup ke sekadar islam yang bermula dengan ‘i’ yang besar itu?

saya Makan___________saya makan


Cuba shbt2 sekalian lihat dua ayat di atas. Makan dengan ‘m’ yang besar itu adalah sebuah kata nama. Nama orang itu ialah Makan. Makan dengan ‘m’ yang kecil adalah sebuah kata kerja yang menunjukkan perbuatan orang itu.

Jadi, antara Islam dan islam yang mana kita patut pilih? Kita sepatutnya menjadi islam dengan ‘i’ yang kecil kerana kita mahu menjadi islam itu bukan shj pada nama tetapi islam itu pada amal perbuatan harian kita. Segala perbuatan kita hendaklah berlandaskan kepada syariat islam yang telah ditetapkan oleh Allah, bukan selain daripada-Nya.

Kebanyakan masyarakat Islam hari ini hampir separuh daripadanya hanya pada nama shj bukan pada personaliti dan perbuatan harian.

Akhir kata, jom bersama kita selalu muhasabah diri kita yang tidak pernah lari drp melakukan kesilapan dan sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan lalu!


Harap2 sahabat2 semua dapat tangkap mesej yang yang ana cuba sampaikan o.k......

Thursday, November 26, 2009

:. ProGraM AnAk AngKat TeraNgkAt .:

Semua orang tahu..skrang nie, bebudak skolah or pelajar universiti sedang holiday..setelah dicampur tolak darab bahagi kuasa dua square root semua, aku ada 35 hari untuk holiday....So, time2 nie la nak isi mase cuti dengan program kemasyarakatan... Then, sempatlah jua aku join Program Bakti Siswa a.k.a Anak Angkat di Lok Heng, Kota Tinggi, Johor.

So, pada hari Khamis, tanggal 19/11/2009, bertolaklah kami ke sana...

Aku niey diletakkan dalam Unit Protokol..Jadi AJK Protokol...Unit niey paling banyak keje sebenornya..Kesian kat Ketua Unit aku si Nida,tak cukup tido gamaknya...thank you Nida..hehe~
Aku lak ditugaskan untuk untuk jadi Pengerusi Majlis untuk semua majlis...Majlis Perasmian ker, Penutup ker atau ap2 je lah...hoho~...x lah gementar sangat kalo cakap depan orang2 kenamaan ini if you know how to control yourself and understand the flow + experience...
Gaya Pengerusi and Pengerusa majlis...haha~
Nie la gambar kenangan ayah and mak angkat kami..

Zuhdi, Zaki, Azizol, Alham...2Z2A..hihi~..kami jadi anak angkat Ayah Hasan...Ayah angkat kami niey nakal...bukan nakal sikit, nakal banyak..sampai kami dah beberapa kali 'dikenakan' beliau..adoi la..tapi, the most important things, keluarga kamilah paling ceria and havoc...
Tagline kami.."Anak saper??...Anak Ayah Hasan..!!!"......memang meriah...huhu..ada plak orang lain yang tiru tagline kami...


Nie lak time kami maen mase hari ke-2..kami maen Sukan Kampung...Bowling gune buah kelapa,Isi air dalam botol, pecahkan belon dlam tu ada tepung, sambut belon air dan telur dan macam2 lagi..enjoy sakan la depa...bersorak separuh giler..ahaha...

Nie la muka Hantu Tepung yang mengganas pada Bulan Mengambang.. :p
Miqdad, Yem,aku as a group semasa maen petanque

Petang tu jugak, kami g maen petanque....Lawan petanque bah...Ayah Hasan kate, kalo tak menang, tak leh makan malam..arr..kejam3x...agaga....Maklumlah, Ayah kami nie juara kampung...Nie la pengalaman first time aku maen petanque..sebelum niey nengok kat t.v jer..kita memerlukan skill mengagak jarak yang tepat di samping strategi...seronok gak maen...
Tgh2 khusyu, dan tawadhu' maen, pastu Y.B Adun Sedeli datang....pe lagi, moh la ambik gambo kita yer dengan beliau...
Peserta bergambar dengan Y.B sambil menunjukkan simbol 1 Malaysia..

Malam tu lak, kami ada aktiviti Explorace yang dikendalikan oleh pihak penduduk kampung di sini..Kene round2 kampung lah kiter..sambil menyelesaikan masalah yang diberi di setiap check point...Boleh dikatakan, soalan yang diberikan menguji minda kami selaku mahasiswa-mahasiswi..mujurlah kami bekerja sebagai satu pasukan..Kerja yang susah, menjadi senang..Aper yang penting..??? Kerjasama...!!!
Kumpulan kami diberi nama "Tu dia....."

Gambar kat atas tu, kami dimintak menyolek muka ala-ala Red Indian...waduh3x,gawat deh...Bayangkanlah, kitorang kene pusing kampung tu dalam muka camniey...Patut r orang kat sekeliling nengok pelik jer...Anak Red Indian mane lah yang sesat niey..hua3x...aktiviti niey habis almost kol 12 malam la.....teruja and excited sungguh...Yang lebih teruja adalah dak2 pompuan group aku..diorang niey duk pot pet pot pet pot pet dari Check Point 1, sampai la Check Point last..!! huh~..

Hari ke-3...pagi kol 7.30, kami ad J-Robik...Ape tu J-Robik..??J-Robik stands for Johore Robik..ia adalah sejenis gerak yang menggabungkan elemen tarian negeri Johor seperti zapin, silat + taichi dan lain2....haha, aku bab2 menari niey memang aku suka...layan habis...mujurlah aku dibantu oleh sorang makcik untuk memantapkan tarian itu...
Ewah makcik..hah, masuk kalo berani....cait...!

Gelek lagi makcik..gelek..Kalahkan si Inul Daratista...hua3x...
Say Renjis...Renjis............


Tengahari tu plak, kami ader majlis rewang sekampung..aloh, cam kenduri-kendara la...Pastu diikuti Majlis Perasmian Penutup....
Petang tu aktiviti habis kol 3.30 petang...Pastu, kami semua diberi masa sampai kol 8.30 malam untuk bersama keluarga angkat masing2 sebelum bertolak balik UTM..

Huhu..Sedih nak ,meninggalkan Lok Heng niey..walaupon singkat, tapi bermakna...Ramai gak yang menitiskan air mata malam tu..Aku tahan jer..Yeah..tak nak nangis..hihi~...mak angkat aku dah nangis woo...aku nampak mutiara-mutiara jernih itu di empangan matanya....

Biasalah, setiap pertemuan pasti di akhiri perpisahan..Itu lah lumrah yang telah ditetapkan sejak azali lagi..kami sempat bergambar dan bagi hadiah kat rumah..Mak bagi bekal cengkodok, nugget, jajan, dan sedikit kuih muih untuk dimakan kalo kami lapar time balik UTM niey..thank you mummy..hihi~

Setelah berkumpul di Dewan, kami dikehendaki beratur untuk sessi bersalam-salaman dengan orang-orang kampung...tengah salam tu, ada sorang pakcik tegur aku, "Oooo, niey la Imam yang bace doa tu yer.."..hakhakhak..tersipu aku malu...kuat betol ingatan pakcik niey..haha~


Deduksinya..ape yang aku dapat dari Program niey adalah dapat belajar cara berorganisasi..pastu belajar cara nak berinteraksi dengan orang laen..semangat berpasukan, menghormati kawan, dan bijak menyelesaikan masalah di saat2 kita tak terduga..expect the unexpected....

Hmm, cam panjang la plak nak tulis lagi.....So, stop kat sini lah yer..Jumpe lagi next post...see ya..!

Friday, November 13, 2009

:. Patutkah Aku Lari..?? .:

Bismillahirrahmanir rahim...

kadang2 aku merasa kebingungan itu menusuk ke saraf2 neuronku..menggangu oblongataku untuk meyimpan memori secara total..... patutkah aku lari atau terus menghadapi? mgknkah sudah tiada jalan penyelesaian? persengketaan yg berlaku ade titik permulaan.. namun penghujungnya x pasti. bagai tiada jalan penyelesaian. . sikap dingin berterusan.. patutkah aku menjadi mangsa keadaan?
inikah bakal penyelamat ummah? merelakan putusnya silaturrahim. . mudah2an bkn ini yg berlaku di sini.. mengapa sukar utk bermaafan? sdgkan kamu yg banyak menghafal ayat2 al-Quran, biji2 tasbih s'tiaasa di tangan.. aku takut dgn amaran; daripada Abu Bakar r.a. bahawa baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Tidak ada dosa yang lebih layak dipercepat hukumannya di dunia, dan apa yang dipersiapkan Allah baginya di akhirat daripada tindakan kezaliman dan memutuskan hubungan silaturrahim" . (Hadith Riwayat Ibnu Majah dan Tarmizi)

mgkn dl kite seperti keluarga.., engkau teman dan engkau segalanya.. terpisahnya kita dgn cara yg agak gelora. mgknkah kepentingan diri itu lbh dr persahabatan? tak mengertikah mereka ttg perasaan?
mengapa ku rasa perasaan ini dipermainkan? kini aku dah x peduli.. engkau hidup engkau, aku hidup aku..ya Allah!! peliharalah aku drpd perasaan membenci.. . moga ukhuwah yg dibina, abadan abada Lillahi Ta'ala.. wallahua'lam. .Semakin aku cuba melupakanmu, semakin kuat cebisan kenangan itu memenuhi benakku.....Ya Allah, aku memerlukan kekuatan....

And I think, even we get close together one day...We cannot be like the past...
I'm sorry ......

I don't deserve to be your best friend..You're just too kind ...Maybe you should get someone who is much much much much much much more better than me... i hope so....

Thursday, November 12, 2009

:. cINTA siSwa-sIswI .:

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...Ogenkidetsuka..??Hait, gengkidetsu...Tetiba ada satu gelombang tercetus di hati ini untuk berbicara soal cinta siswa-siswi...

O.K...apabila berdiskusi berkaitan naluri, manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.Masya-Allah...

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga atmosfera yang tadinya mendung menjadi cerah kembali. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.


Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

BERJIHADLAH DALAM MENCARI CINTA YANG SUCI IAITU SELEPAS DINIKAHKAN......

Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.


Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama

Carilah kesibukkan di antara lopongan masa dengan pekerjaan, dari sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala.

amen...


Kita Hanya Buih

Penduduk Islam dunia kini 1.57b..!!!!

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam. Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan. Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan. Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya."Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini," kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.
Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuatpecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim. Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.

Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq. Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputilebih 60 peratus. Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat. Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam. Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

Komen sket... :

Biarpun berbilion-bilion umat Islam sekalipun, kita masih seperti buih di lautan.....
Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya: "Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu `al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda `cintakan dunia dan bencikan akhirat."

:. LaWak-UjiKaji .:

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2.
Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."


Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

p/s : Bersabarlah dengan kerenah anak2 murid andai anda seorang guru..jangan cepat melatah...itu adalah salah satu cabaran sebagai pendidik...cabaran itu hanyalah sekelumit sahaja kalo nak dibandingkan tanggungjawab yant tergalas dek bahu..tapi, kalo dapat anak2 murid yang sengal, pening gak kepala..telan panadol ber tablet2 pon x sembuh lagi..Sabo je la~..





BurGer King Turn

A quotation mention "You're what you eat"
So, if you eat Burger , your body will look like burger...
Oh no..I'm gonna be fat....haha..no la.....ortodoks betol :p
Not far away from my beloved university, a new branch of Burger King just opened...
Thus, our "Tok Dalang" a.ka Izzat says, "Hey, let's try Burger King for our lunch"...
Then, I told them..Why not...hihi~

Without wasting any time,we rushed to the place...huhu..There's only small group of people having their lunch....
Well, for me, the price is expensive compare to KFC..but, never mind...just have some fun..

Here some pictures taken...
My order..This one cost you RM 14.69 ( I guest)......

...Lack of Vegetable..~ahaks~boleh la tahan
Membedal my friend's ice-cream... Nice mixture of flavour...
Hey...there's my burger..haha~
Muka x habes minum air....
Crocodile-mouth looks alike...haha~ new releases burger...RM 17 something...nak makan nie kene nganga luas2..ngeh3x...

:; HaBesKan mAsa seBeLum cUtI .:

HoLLa..huh..dah lama jari-jemari niey x menari di atas keyboard..
Huh..sem 3 yang tuff telah berlalu..ayok..camne la result sem niey...Bayangkan, dalam study week pon still kene wat assignmnets yang x pernah habes..kesian tol aku nengok dak2 niey(termasuk aku skali)..haha~

Ah..lupakan soal tersebut...ayuh kita berseronok...Hmm..cam beselah, kalo dah habis exam tu, pe lagi..melantak la kerja kami....Malam sebelum balik tu, kira2 jam 9.30 p.m, aku(Jojo), roomateku Riri, jiran sebelah bilikku Manman dan Muja2, WanWan, dan ZatZat..telah melakukan lawatan tak rasmi ke KFC..hihi~

....Encik Nubli x join kami kerana beliau sibuk melayan cite Korea kt bilik..manakala Encik Zuhdi telah balik pada tengahari itu kerana rumah beliau sangat jauh(padahal Melaka je)..hoho~
Nielah set yang aku beli...Dinner Plate+ Potato Wedges 2 set + Ice Cream...kenyang tol..ergh~Alhamdulillah...
Ice-Cream dia memang sedap...Rase aper ek..??Rase ais-krim la..huhu~ :pNie la muka2 kenyang..Muka dak baju kuning tu cam nak tambah lagi jer..ops~lalala~

Sorry ManMan, kat sini x der Nasi Goreng Daging Merah kesukaan kau..WanWan lak mengidam Nasi Ayam KFC..tapi dah habis lol...telan air liur je lah ek WanWan..hihi~