Friday, November 27, 2009

:.Islam atau islam?:.

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamu’alaikum wbt.

Nak tanya kpd shbt2 sekalian, antara berikut, yang manakah akan anda pilih?

Islam___________islam


Mungkin ada yg tertanya2 apa bezanya? Mungkin ada daripada kalangan kita memilih islam yg dimulakan dengan huruf besar. Tidak salah kita memilih yang besar ini kerana kita sememangya patut berasa izzah dengan islam dalam diri kita. Tapi cukup ke sekadar islam yang bermula dengan ‘i’ yang besar itu?

saya Makan___________saya makan


Cuba shbt2 sekalian lihat dua ayat di atas. Makan dengan ‘m’ yang besar itu adalah sebuah kata nama. Nama orang itu ialah Makan. Makan dengan ‘m’ yang kecil adalah sebuah kata kerja yang menunjukkan perbuatan orang itu.

Jadi, antara Islam dan islam yang mana kita patut pilih? Kita sepatutnya menjadi islam dengan ‘i’ yang kecil kerana kita mahu menjadi islam itu bukan shj pada nama tetapi islam itu pada amal perbuatan harian kita. Segala perbuatan kita hendaklah berlandaskan kepada syariat islam yang telah ditetapkan oleh Allah, bukan selain daripada-Nya.

Kebanyakan masyarakat Islam hari ini hampir separuh daripadanya hanya pada nama shj bukan pada personaliti dan perbuatan harian.

Akhir kata, jom bersama kita selalu muhasabah diri kita yang tidak pernah lari drp melakukan kesilapan dan sentiasa berusaha memperbaiki kesilapan lalu!


Harap2 sahabat2 semua dapat tangkap mesej yang yang ana cuba sampaikan o.k......