Tersebutlah kisah, seorang pembuat jam
tangan berkata kepada jam yang sedang
dibuatnya.
"Hai jam, apakah kamu sanggup untuk
berdetik sekurangnya 31,104,000 kali
dalam setahun?" "Ha?," kata jam terperanjat,
"Mana sanggup saya?"
"Bagaimana kalau 86,400 kali dalam sehari?"
"haa...lapan puluh enam ribu empat
ratus kali? Dengan jarum yang
ramping-ramping
seperti ini?" jawab jam penuh keraguan.
"Bagaimana kalau 3,600 kali dalam satu jam?"
"Dalam satu jam harus berdetik
3,600 kali? Banyak sekali tu" tetap saja jam
ragu-ragu dengan
kemampuan
dirinya.
Tukang jam itu dengan penuh kesabaran
kemudian bicara kepada si jam. "Kalau
begitu, sanggupkah kamu berdetik satu
kali setiap saat?" "Haaaa, kalau begitu,
aku sanggup!" kata jam dengan penuh semangat.
Maka, setelah selesai dibuat, jam itu berdetik
satu kali setiap saat. Tanpa
terasa, detik demi detik terus berlalu dan jam
itu sungguh luar biasa kerana
ternyata selama satu tahun penuh dia telah
berdetik tanpa henti. Dan itu
bererti ia telah berdetik sebanyak 31,104,000 kali.
Renungan :
Ada kalanya kita ragu-ragu dengan segala tugas
pekerjaan yang begitu terasa
beratnya. Namun sebenarnya kalau kita sudah
menjalankannya, kita ternyata mampu.
Bahkan yang asalnya kita anggap mustahil untuk
dilakukan sekalipun boleh diselesaikan. Itu
tergantung bagaimana kita melihat dan mengenal
pekerjaan dan tugasan kita, bila kita boleh
membahagi-bahagikan kerja/tugasan menjadi
fragmen-fragmen yang kecil, maka ianya akan lebih
menjadi mudah untuk diselesaikan. ...
Jangan berkata "tidak" sebelum Anda pernah mencubanya.