Holla...saya ada satu article menarik untuk dikongsi bersama-sama anda semua..jom layan..



Bagaimana saya menemui motivasi dari air?

Semuanya bermula ketika saya berjumpa artikel “Message From Water” dari internet. Selepas membaca artikel tu, saya menemui hal yang sama ditulis oleh pakar motivasi terkenal, Dr Tuah Iskandar di dalam bukunya bertajuk Membina Jatidiri Gemilang. Lantas, timbul rasa ingin tahu yang amat kuat.

Dari apa yang saya baca, bunyi yang berdekatan dengan air akan mempengaruhi bentuk hablur air tu sendiri lantas mempengaruhi tenaga yang terkandung di dalam air, sama ada dibentuk menjadi tenaga positif atau tenaga negatif. Apabila air berada dekat dengan bunyi bising, bingit, misalnya muzik heavy metal atau kata-kata nista, bentuk hablur air tu jadi bercelaru dan ‘kelam’ – menampakkan ciri-ciri tenaga negatif. Apabila diminum, Anda terdorong untuk menjadi orang berciri-ciri negatif, bersikap negatif, berkata-kata yang negatif, berfikiran negatif.

Tapi, bentuk hablur air berubah apabila dibacakan dengan surah Al-Fatihah atau ayat-ayat Al-Quran. Bentuk hablur air berubah menjadi sangat cantik seperti hablur kristal yang sangat halus ketika musim salji.



Itu adalah ciri-ciri tenaga positif yakni tenaga yang baik untuk mencetus kecemerlangan diri. Apabila diminum, air tu akan membentuk Anda menjadi orang yang berciri-ciri positif, bersikap positif, berkata-kata yang positif, berfikiran positif.

Air dapat mempengaruhi tahap motivasi kita. Selepas mengalami kesannya dari pengalaman sendiri, saya mengakui kebenaran hal ini.

Pada tahun 2007, saya menyertai sukan renang dan sempat memasuki pertandingan-pertandingan lumba renang. Air cepat memberi respon pada niat kita di dalam hati.

Bila kita niat di dalam hati yang kita mahu bersemangat, maka air akan memudahkan pergerakan kita dan menjadikan kita bersemangat kerana air sentiasa memberi respon pada apa yang kita niatkan padanya. Dalam hati, saya percaya yang air ada ‘roh’ tersendiri lalu saya berkata “air, mudahkanlah pergerakan aku dan tenangkanlah aku”. Lafza sekali aje tu, bukan banyak kali. Kemudian saya ‘let go’.

Ketika berenang dengan laju agak sukar untuk seorang perenang meletak diri dalam tahap emosi yang sungguh relaks sebab dia kelam-kabut berenang dengan laju, dah tentu emosinya agak bercelaru. Tapi dengan melafazkan niat tu di dalam hati, saya merasa amat tenang.



Ketika sesi latihan renang yang memeritkan, saya sungguh tenang bahkan terasa bahagia (seronok) berenang. Dapatkan Anda berenang 50 meter dalam masa kurang dari 30 saat dalam kolam renang bersaiz Olimpik? Jika perenang yang sudah berlatih tiap hari lebih dari 3 bulan, jawapannya YA. Jika Anda orang biasa dan cuma perenang biasa, tiba-tiba diperintahkan berenang dalam jarak 50meter dalam masa yang sama, cemana? Mesti rasa mustahil kan?

Apabila kita masuk ke dalam kolam renang dengan perasaan yang tertekan, emosi yang tertekan, air seakan-akan menjadi penghalang besar. Segala pergerakan ketika berenang terasa ‘berat’. Ada-ada saja yang tak kena.

Itu baru berenang. Entah cemanalah keadaan kita apabila kita bekerja, mengurus rumah, mengulangaji pelajaran, memandu, atau memikirkan sesuatu. Mesti kita juga terasa ‘berat’ sebab 70% kandungan isi badan kita adalah air. Untuk membuat kita sentiasa bersemangat, saya suggest Anda lakukan hal berikut:


1. Ambil segelas ari biasa, air suam atau cuma ‘plain water’ (atau nama popularnya Sky Juice).
2. Pastikan keadaan sekeliling Anda tenang, bebas dari gangguan atau bunyi bising.
3. Relakskan badan untuk seketika, sama ada berdiri atau duduk.
4. Ambil segelas air tadi, letak di atas tapak tangan, tudukkan kepala ke arah gelas tu.
5. Baca surah Al-Fatihah, doa penerang hati, ayat Qursi. Ini adalah ayat-ayat yang saya baca untuk amalan seharian namun boleh baca ayat-ayat lain diiringi doa-doa bergantung pada pilihan Anda. Baca hingga habis dengan nada berbisik.
6. Pastikan air di dalam gelas tu dekat dengan bibir Anda, untuk membolehkan air ‘mendengar’ bisikan suara Anda.
7. Bila sudah selesai, minum air tadi dengan sekali teguk.



7 langkah kat atas tu langkah-langkah asas untuk membuat Anda bermotivasi di peringkat permulaan, lakukan 3 kali sehari. Mujarab atau tidak hal ni bergantung pada sikap istiqamah Anda. Namun, hasil dari kajian saya dan pengalaman melakukannya dalam tempoh tiga minggu, amalan ni baik untuk menenangkan diri, mengawal emosi dan menajamkan minda, menguatkan ingatan khususnya jika Anda seorang pelajar atau orang yang bekerja dalam suasana kesibukan.

Al-Quran ada energi tersendiri.

Apabila kita membacakan ayat-ayat Al-Quran kepada air, energi (tenaga) Al-Quran tu akan meresap masuk ke dalam air. Apabila kita minum air tadi, energi Al-Quran yang terkandung dalam molekul air masuk ke dalam badan lantas bergabung dengan aliran darah yang bergerak ke organ-organ badan kita termasuk ke bahagian otak, akhirnya akanmempengaruhi pemikiran kita. Pemikiran kita pula akan mempengaruhi tindakan kita.

Maafkan saya sebab artikel motivasi kali ni agak panjang. Sebab saya kena eksplain teori ni melalui kupasan mendalam.

Air akan menyerap mesej-mesej dari sekelilingnya, iaitu dari nada suara kita, nada emosi kita, bunyi-bunyian dan energi badan kita. Mesej-mesej tu adalah dalam bentuk aura atau dikenali sebagai tenaga listrik.

Tenaga listrik yang masuk ke dalam air, itulah yang dipanggil sebagai ‘mesej’ – maklumat berbentuk gelombang tenaga. Air adalah makhluk Allah. Walaupun air tu diam-diam camtu, ia juga menyerap getaran tenaga kita lantas memberi respon pada kita. Apa yang kita bagi, itu yang kita akan dapat. We give negatif input, we receive negatif output.

Untuk memastikan kita bersemangat sentiasa, rajin-rajinkan diri membacakan ayat-ayat suci atau doa-doa sebelum meminum air yang Anda mahu minum, walaupun air tu air berais, air sejuk atau air suam. Janji air.

Elak untuk memaki, memarahi, mengumpat atau mengomen-ngomen di depan air.

Jika Anda berbuat begitu, Anda sedang menerbitkan getaran energi negatif lantas diserap oleh air minuman yang berada di dalam gelas di depan Anda. Bila Anda minum air tu, Anda akan menjadi orang yang berenergi negatif, menjadikan sikap Anda negatif, kata-kata Anda negatif, tindakan Anda menjadi tindakan negatif. Seterusnya, akan menjadi bertambah-tambah negatif.

Kesannya, Anda tak dapat mencapai apa-apa kecemerlangan dan langsung tak dapat merubah apa-apa sikap dalam masa panjang.