Saturday, February 13, 2010

.: Antara "MAHU" dan "KEMAHUAN" :.


Sahabatku....,

Jika kamu ingin makan kerana lapar,cukupkah dengan kamu duduk-duduk diam sahaja?jika kamu ingin bekerja,cukupkah kamu bergoyang kaki di rumah sahaja?jawapannya tidak!"kejayaan tidak akan datang bergolek"segalanya memerlukan usaha meskipun kita tahu rezeki kita telah Allah tetapkan.


Kesimpulannya,kita pasti akan bergerak untuk mencari rezeki.Jika kita ingin makan itu baru sampai kepada 'mahu'...namun orang bijak tidak akan membiarkan mahunya terus kekal menjadi mahu,tetapi dia akan mengubahnya menjadi 'kemahuan'.Dengan kemahuan inilah kita akan bergerak dan terus bergerak.

Apabila ditanya adakah kita ingin menjadi orang soleh?maka semua akan menjawab jawapan yang sama,"ya".Maka ini juga dikatakan 'mahu'.Mahu menjadi soleh teapi tiada langkah yang diambil.Hanya duduk diam dan menunggu hidayah daripada Allah tanpa mahu mencarinya.Kelas al-Quran ditinggalkan,pengajian ilmu juga tidak dihadiri.Solat jemaah ditinggalkan.Bahkan kawan-kawannya yang mengajak kepada kebaikan sahaja dibenci.Bagaimana ingin menjadi soleh?firman Allah Ta'ala yang bermaksud:

"Allah sesekali tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sehingga mereka mengubah nasib mereka sendiri"


Apabila jiwa sudah jauh dengan Allah,apabila jiwa sudah tidak mengenali lagi apa itu al-Quran,apabila jiwa tidak temteram mendengar kuliah agama,maka disaat itu kemaksiatan akan masuk secara halus kedalam jiwa.Jiwa ini akan diisi dengan kebaikan atau kejahatan.

Orang yang hanya 'mahu' umumnya bersikap pasif.Menunggu peluang, mencari waktu, minta difahami dll. Manakala orang yang ada 'kemahuan' lebih proaktif, tidak menunggu, malah mencari....

Sahabatku,
marilah sekarang kita sama-sama mengubah 'MAHU menjadi 'KEMAHUAN'


"Akulah orang yang paling gembira jika kamu ingin berhijrah ke arah pengislahan diri yang lebih baik....Aku akan mendoakan istiqamahnya perubahan kamu itu dan bukan sekadar hangat2 tahi ayam..."