Bismillah... Salam buat semua.. harap baik2 jer. sebab kita semua kan orang2 yg baik. insya-Allah.. mudah2an kita semua antara golongan yg sentiasa mencontohi akhlak mulia Rasulullah s.a.w.
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (al-ahzab: 21)
(Sesungguhnya pada akhlak Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah)
(Sesungguhnya pada akhlak Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah)
mgkn kita antara orang2 yg merasa diri dah cukup baik.. selalu membandingkan diri dgn org lain, menilai kelemahan orang lain.. tp hanya pada orang yg nilai akhlaknya lebih rendah daripada kita, yg kebolehan dan keterampilannya tidak mengatasi diri kita.
mengapa membandingkan diri dgn org yg selalu berkata kotor? sedang diri kita jarang sekali utk berzikir.. mengapa bandingkan diri dgn org yg malas membaca? sedang diri kita dah berapa lama tak buka al-Quran.. mengapa bandingkan diri dgn orang yg solat lewat? sedang diri kita sgt susah nak solat jemaah..
bandingkanlah diri dgn orang yg lebih baik daripada diri kita, akan nyata segala kelemahan diri ini.. mengenali kelemahan diri adalah jalan terbaik utk meningkatkan potensi diri.. bukan dgn terus menipu diri sendiri, tp dgn mencari apa yg lebih baik.. dan seterusnya menjadi yg terbaik.
wallahua'lam..
wallahua'lam..