Sunday, December 27, 2009

:. Wanita Vs Rama-Rama .:


Lihatlah rama-rama, ia cantik. Apabila pandangan kita dihiasi rama-rama, kita menjadi suka dan ceria. Hampir semua orang akan tersenyum melihat rama-rama.
Ia mengindahkan alam dan menyempurnakan sekuntum bunga. Seindah mana pun bunga tanpa rama-rama mahu hinggap di situ, tentu ada sesuatu yang tidak kena.
Cubalah tangkap dan pegang rama-rama itu dengan sayapnya. Lihat apa yang melekat di jari anda,warna dan corak rama-rama itu telah berpindah ke jari-jari anda.

Kemudian lepaskan kembali, ia terbang tapi lebih terbuai oleh angin. Siapa pun yang akan menangkapnya kembali tidak tertarik padanya lagi.
Harganya telah tiada untuk dikagumi, disimpan mahukan diawetkan.

Rama-rama ibarat wanita. Ia indah untuk dipegang tetapi nilainya cepat turun setiap kali ada tangan- tangan yang tidak wajar hinggap pada tubuhnya.
Memang fizikalnya tiada apa-apa yang kurang, tapi harga diri dan maruah telah mula tercemar.

Begitulah wanita. Ia bagaikan rama-rama yang terbang membawa corak-corak indah, apabila corak-corak itu telah pudar ia tidak dipedulikan lagi.
Harga rama-rama terletak pada warna dan coraknya; harga wanita terletak pada apakah tubuhnya masih tulen tatkala dia didampingi oleh suaminya.

Rama-rama terpaksa berjuang untuk memulakan hidupnya. Dia terpaksa membebaskan diri daripada kepompong.
Bukan mudah untuk keluar daripada kepompong yang mengikat itu. Sedangkan sepanjang berada di dalam kepompong tiada siapa pedulikannya, malah tatkala bergelar ulat ia lebih dibenci.

Sulitnya untuk akhirnya bergelar rama-rama. Terpaksa melalui kitaran dan evolusi bentuk. Daripada sesuatu yang menjijikan akhirnya bertukar menjadi sesuatu yang amat menyenangkan.

Rama-rama adalah contoh terbaik wanita untuk sedar betapa bernilainya kehidupan mereka. Sewaktu anda dipuja, usah terlalu mabuk sebaliknya kenang-kenang kehidupan serba susah sebelum itu.
Sewaktu anda digoda, dihambat dan dirayu usah terlalu mudah menyerah sebab ingatlah mereka yang bersusah payah memastikan anda dapat bangkit sebagai manusia sempurna hari ini.

Anda tidak muncul sendiri, sebaliknya anda adalah lambang pengorbanan ibu bapa.
Usah jadi rama-rama yang di dalam bingkai gambar, indah dipandang tetapi diri sendiri menanggung beban.
Hiduplah dengan bebas dan terjemahkan kebebasan itu kepada nilai-nilai murni yang perlu dipertahankan.

Hak anda ialah memelihara kehormatan. Selama mana anda memelihara kehormatan dan maruah diri anda berada pada terbaik, sebaik sahaja anda tidak peduli kepada siapa maruah itu hendak diberikan, anda sudah kehilangan masa depan.
Kalaulah rama-rama tahu dia cantik dan sentiasa memukau penglihatan manusia, dia tentu tidak mudah-mudah terbang ke sana sini. Sebab setiap kali ia mengibarkan sayapnya, ia sentiasa terdedah pada bahaya.

Namun rama-rama tidak pernah tahu dia itu indah dan sentiasa menjadi sasaran manusia. Jika anda tidak pernah tahu kewanitaan anda itu adalah sasaran terpenting sang penceroboh, anda ibarat rama-rama yang tidak sedar diintai bahaya.

Mahalkan harga diri anda. Semakin sukar anda dimiliki semakin mahal nilai anda di sisi lelaki. Lelaki perosak hanya inginkan kuasa memiliki tetapi tidak mahu setia apalagi memelihara dan melindungi anda.

Usah terperangkap ke dalam tangan yang hanya akan meleraikan warna-warna anda. Setelah warna- warna itu hilang anda dibiarkan. Jadilah wanita angun yang punya nilai dan maruah diri, anda akan lebih dihormati.
Nilai anda bukan terletak pada berapa ramai lelaki yang ingin memiliki anda tetapi berapa ramai yang benar-benar sanggup menyintai anda.

Cinta itu terjemahan pada kasih sayang dan belaian sayang penuh ikhlas. Selama mana anda belum menemuinya anggaplah diri anda masih berhak terbang bebas bagaikan sang rama-rama.

Jadilah rama-rama yang mengindahkan alam, jadilah wanita yang membanggakan semua orang.


Thursday, December 10, 2009

:. Semoga DiPanah Petir .:


Ha..nie satu lagi penghinaan terhadap Islam...Kalimah suci dijadikan sebagai tatoo...Masya-Allah...Seb baek minah tu tak palingkan muka..kalo x, mesti dah kene sepak dah minah tu dengan orang Islam niey....

Semoga dipanah petir.....dush3x...!!!

Wednesday, December 9, 2009

:. Merayap-rayap di Bandar Kuantan .:

GAMBAR : MASJID SULTAH HAJI AHMAD SHAH,KUANTAN

Akhirnya,2-3 hari niey, hujan berhenti seketika..maklumlah, skrang Pantai Timur sedang menghadapi Angin Monsun Timur Laut....Cuaca hari niey begitu cerah...cam tau2 jer aku nak gak g jalan2..hihi~


Cam biasalah, kol 9 pagi start kluar rumah...menghirup-hirup udara segar di sana...segar ker..??huh...Argh...nak g mane niey?? nak g nengok orang mancing ikan kat Sungai Kuantan..?? Cam boring la plak..kalo g kat area sane, sakit betol mate aku nanti..orang laki dengan pompuan berkepit tengah dating ramai sangat..pencemaran mata tol...Kalo la aku niey Yang DiPertua Majlis Perbandaran Kuantan, nak je aku wat satu banner khas, besar2 kat situ..tulis
"MALAIKAT MAUT SEDANG MEMERHATIKAN ANDA SUDAHKAH ANDA BERSEDIA "...hehe


Akhirnya, g je la ke Kuantan Parade, tmpat yang slalu aku pergi...Niatnya, nak g shopping baju,kasut,beli kopiah baru sekaligus g bayar broadband aku...Mak aii, skali kedai2 tu sume tak buka lagi...cuti hujan ker taukeh niey..ish...tak pe lah.. Jadi, window shopping je kat situ sampai kol 11.10... Then, pergi ke Restoran Aliff untuk jumpa kawan aku, Izzuddin..budak class aku time skolah menengah lu..ada hal sket...pastu..kol 12 tgh, pergi la Megamall Kuantan...tempat yang golongan remaja slalu lepak and dating and mencari dunia...ish3x...

Kitorang bercadang nak nengok wayang...So, pe lagi..beli je la ticket wayang yang berharga 9 hengget tu..Cite ape ek..?? The Twilight Saga : New Moon....
gambar ditangkap semasa dalam cinema

Ha...skrang nak cite sal movie niey plak...Pendapat aku la, x yah la korang nak beria-ria nengok sequal Twilight niey..x berapa nak best compare dengan yang first tu...Satu jam yang pertama, aku dah menguap 3 kali dah(sempat lagi kire tu :p)..hampir2 tertido...seroiusly...jalan cite dia okay jer..x brape strong...plot yang lambat untuk klimaks...Mula2 tu, kurang aksi..tapi banyak cakap.. duk pot pet pot pet...cam Opera Cina daa..

Kalo bdak2 pompuan, mesti la suka tengok...kan..?kan...??nak2 kat si Jacob tu..si serigala jadian...kenapa dengan Jacob tu..? ah, kalo yang dah nengok,mesti tau jawapannya...

Alice

Dalam cite niey, aku suka nengok lakonan si Alice tu...style, lincah, cool, unique and tersendiri...nak2 time racing car tu...vampire yang pandai berfesyen walau umur dah beratus-ratus tahun...Kalo la dia jadi manusia, aku dah panggil..mak mak mak mak mak mak mak mak mak mak mak mak nenek...!!!


Cite niey more tu love story.. kat end of episode, I realised yang Edward Chulan tu vampire jiwang rupanya..haha~........For me, out of 5 starts, aku bagi 2 bintang jer...huh, mesti kene marah dengan kipas-susah-mati Twilight nanti...~lalala~

Aku suka nengok cite seram sebenarnya...Ingatkan nak nengok cite Santau..x sempat lak..laen kali je la...okay...


So tired today..almost separuh day hang-out....nak tido lak...hu..seronoknya baring atas katil....cau cin cuu......

:. Tips Kejutkan Orang Bangun Subuh .:

Assola tu khairumminannaum.......

Slalu tak korang kejutkan kawan2 korang bangun Subuh..? Agak mencabar juga sebenarnya nak suh orang bangun niey..bermacam2 kerenah dan gelagat yang dapat kita lihat dan kadang kala mencuit hati jugak..hihi~..ker korang pon sama2 tido..??huh~

Ada yang mudah bangun, and ada lak yang liat nak bangun...Orang kate, kalo bom meletop kat sebelah pon, blum tentu bangun la..Yang paling ramai, bangun..pastu tutup jam loceng, pastu tido balik...sabo je la...

Jom kita sama2 mencuba petua-petui nak kejutkan orang bangun niey...mudah2an berkesan :

1. pegang anak jari kiri/kanan sambil tu panggil nama dia perlahan lahan..
2. sentuh bahu org tidur tu..dan goyangkan perlahan lahan..sambil panggil nama dia...
3. renjis air kat muka dia...sambil panggil nama dia...
4. tampar tampar manja pipi dia..sambil panggil nama dia...
5. tutup kipas/air cond

==tapi kalau still tak ada effect

1. jerit nama dia kuat kuat...
2. gigit ibu jari kaki dia..cam antu toyol gigit
3. simbah air sebaldi...kalau boleh air rendam baju korang
4. tarik rambut dia sampai jatuh dari tilam
5. goyang badan dia kuat2 then jerit gempa bumi! gempabumi! tsunami!tsunami!
6. jerit api! api! api!
7. letak kfc ke mcd ke xpun ikan patin masak tempoyak yg baru dibeli sebelah hidung dia..bgi ambik bau sikit

==tapi kalau still tak ada effect gak

1. pergi kat telinga dia...then sebut maa rabbuka! sambil seru nama dia byk kali...
2. pergi kat dia, baca je surah yaa sin!

==tapi kalau still tak ada effect gak...ni je la cara terakhir

1. panggil je orang masjid/surau untuk uruskan...kerana tuhan lebih menyayanginya


Huhu..selamat mencuba....Apa yang jadi selepas itu adalah tanggungjawab sendiri..haha~

Sunday, December 6, 2009

:. Mengapa Kita Bertangguh ??? .:

"Alah, date-line assignment nie lambat lagi la...Sebulan pon lagi...banyak masa beb...Nanti aku buat la...................................................."



Pernah tak korang sebut ayat tu..??Mesti pernah kan...aku sendiri juga tak terlepas..macam2 alasan yang kita sendiri cipta untuk membebaskan diri.....asyik tangguh...tangguh...dan tangguh.....nanti, last2 minute, baru la huru-hara....ke situ-ke sini....cam dunia nak kiamat...hihi~

Musuh dan penghalang utama kejayaan ialah sikap bertangguh (procrastination).

Tabiat buruk ini ada pada semua orang. Bertangguh adalah pencuri masa dan umur seseorang. Mereka yang telah berjaya ialah pejuang-pejuang yang telah berjaya menewaskan sikap tangguh dalam diri mereka.
Kenapa kita bertangguh yer...??di sini, aku try untuk listkan beberapa sebab yang difikirkan relevan...

1) Tugas yang kita hendak buat kelihatan tidak menyenangkan kita

2) Kita tidak faham dan tidak jelas apa tugas yang kita patut lakukan

3) Menganggap perkara tersebut terlalu mudah

4) Kita merasakan tugas yang akan kita lakukan amat sukar

5) Tidak ada perancangan yang baik

6) Rasa ragu-ragu pada kemampuan diri

7) Kita takut gagal

8) Ingin membuat sesuatu itu menjadi sempurna sehingga menunggu saat yang sesuai

9) Kurang ilmu dan pengetahuan untuk melakukan tugas yang hendak dibuat.

10) Kita tidak senaraikan tugasan yang hendak dibuat

11) Melayan sikap malas

12) Kurang dorongan

13) Jiwa lemah dan tidak tegas pendirian

14) Sikap sambil lewa dan tidak ambil serius

15) Tiada semangat yang jitu dan mantap

16) Tabiat tidak menghargai masa


Korang dah siap ker assignment yang Lecturer korang bagi tu...??ha..? blom lagi...tangguh la tu....maen internet je keje ye...haha~

Jom lawan sikap bertangguh dan sama-sama hargai masa kita!

Sesungguhnya masa adalah nyawa kita...

Well, memang betol kerja yang kita buat tu akan siap...The difference is, in term of QUALITY...kerja yang dihasilkan dengan last2 minute niey kualitinya kurang..dan....of course markah assignment kita pon akan berkurangan juga sejajar dengan perangai kita yang suka tangguh tu....Even 1 markah pon bernilai tau...1 markah la yang membezakan antara A dengan A-....

So, kenapa nak gadaikan result final kita semata-mata kealpaan kita yang suka bertangguh...???
Jawapannya ada pada diri kita....

Tepuk dada, sakit dada....eh silap..tepuk dada, tanya Iman....Wassalam.....


:. Religious Friend .:


Sometimes, my heart said, it is good if I could have a true friend like the picture above(the real one maa)..I mean, somebody who is very good-manner,humble, polite,know how to be a friend,watch-out his mouth from nonsense and rubbish speaking...and the most important things, RELIGOUS...

So, he can advice me when I have done something incorrectly...Give 'tazkirah' related to divine and basic of why God created human to be a Caliph in this Word...awaken me from my 'nightmare' ,sin,lagho and so on...

I'm not saying, my current friends are not kind enough...Well, I'm glad to have them in my life..They're just supportive, help me when I have problem in academic, makes me smile everyday, willing to sacrifice,cheer, take-care...and 'crazy-type'...huhu....I don't know how to express my feeling....Love you friends....hihi~......I'm happy when they're happy...and not to forget a phrase, "Zol, asal sedih ni...? ada problem ker..? ada orang sakitkan hati ko ker..??Meh sini cerita kat aku..?"....~lalala~

If my friend is alim-attitude, it's like a bonus for me...I don't ask for more...okay....but, we cannot judge a book by its cover right..? Like Mandarin-Orange....If you look the fruit's skin,it's smooth,nice colour and texture,symbol of prosperity..maybe the taste is sour..not so sweet...you know what I mean....? Anybody can change....

Last but not least, so friends, try to learn to appreciate everything that we own today...daa......because without friends, we're nothing....nothing...and nothing....!

Thursday, December 3, 2009

:.21 minit!!!! .:

"Ketika engkau memiliki tujuan utk dipenuhi dan mimpi utk digenapi , Allah sudah membuka matamu dan memanggil dengan namamu.. Ingat bahawa dimanapun engkau atau kemanapun engkau mengadap..ALLAH TAHU" Sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a,bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya:

"Bahawa malaikat maut memerhati wajah setiap manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang,didapati orang itu ada yang sedang gelak ketawa. Maka berkata Izrail:

Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah Taala untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok bergelak ketawa."Manusia tidak akan sedar bahawa dirinya sentiasa diperhati oleh malaikatmaut, kecuali orang-orang soleh yang sentiasa mengingati mati.

Golongan ini tidak lalai dan sentiasa sedar terhadap kehadiran malaikat maut,kerana mereka sentiasa meneliti hadis-hadis Nabi s.a.w yang menjelaskan mengenai perkara-perkara ghaib, terutama mengenai hal ehwal mati dan hubungannya dengan malaikat maut.

1 hari = 24 jam = 1440 minit 1440 minit / 70 = 20.571 minit Ini bermakna malaikat maut menziarahi kita setiap 21 minit.

:. Jangan Nyanyi lagu Ini!!! .:

Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica

Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti
Mengapakah harus terjadi
Di dalam kehidupan ini
Suatu perkara yang
ku simpan dalam hati
Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah mengerti

Allah mengerti
Allah peduli
Segala persoalan yg kita hadapi
Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri
Sbab Allah Yesus ku
mengerti



Apa komen kamu semua bila membaca lirik lagu Allah Peduli nyanyian Agnes Monica? Apa yang tidak kena dengan lirik ini? Cuba kamu semua berfikir walaupun ia hanya sekadar lirik lagu sahaja! So sesiapa yang beragama Islam, berhati-hati nya, jangan disebabkan fanatik dengan artis sehingga terlupa penyampaian artis itu kita leka akan hukum agama Islam. Berhati-hati!

:.Kasut Jenama NIKE, Beri Perhatian.:

This is what the 'NIKE' company did ....
'NIKE' company wrote the name of 'ALLAH' on the shoes & from the back so no one will notice this .....

Agak kurang ajar di situ..Nama Allah dipijak-pijak..Begitu licik orang yang mendesignnya....So, berhati-hatilah kita and try alert dengan strategi2 yang digunakan oleh musuh2 Islam....Moga Allah memberi hidayah kepada mereka...Amin.....

:. Tiket Perjalanan Yang Percuma .:


Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan


1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

• amal solah
• sedekah jariah
• anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
• ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas


Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:

“Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."