Monday, January 30, 2012

.:ADAKAH ANDA SUKA LAKUKAN AKTIVITI INI SETIAP KALI BANGKIT DARI TIDUR???

ADAKAH ANDA SUKA LAKUKAN AKTIVITI INI SETIAP KALI BANGKIT DARI TIDUR???

--->>> "sapu kesan tidur di wajah dengan tangan, baca doa & gosok gigi".

Allahu Allah, sebenarnya anda telah pun mengamalkan SUNNAH² Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mulia ツ.

❀ ܓ SUNNAH bangkit dari tidur;

✔ 1. Sapu kesan tidur di wajah dengan tangan.

Hadis riwayat Imam Muslim: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم bangkit dari tidur, lalu duduk sambil menyapu kesan tidur pada wajahnya dengan tangan."


✔ 2. Membaca doa bangkit dari tidur.

Hadis riwayat Imam Bukhari:

الْحَمْدُللهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ الْنُّشُوْرُ
~ Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami (tidur) dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.

✔ 3. Bersugi.

Hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم tatkala bangun dari tidur, beliau akan menggosok giginya dengan siwak (kayu sugi)."

♥ Jom, amalkan sunnah yang mudah. Niat lakukan kerana IKUT Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana niat itu membuatkanmu disayangi Allah.

Jom cinta sunnah (◕‿◕).