Allahu Allah, sebenarnya anda telah pun mengamalkan SUNNAH² Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mulia ツ.
❀ ܓ SUNNAH bangkit dari tidur;
✔ 1. Sapu kesan tidur di wajah dengan tangan.
Hadis riwayat Imam Muslim: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم bangkit dari tidur, lalu duduk sambil menyapu kesan tidur pada wajahnya dengan tangan."
✔ 2. Membaca doa bangkit dari tidur.
Hadis riwayat Imam Bukhari:
الْحَمْدُللهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ الْنُّشُوْرُ
~ Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami (tidur) dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.
✔ 3. Bersugi.
Hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم tatkala bangun dari tidur, beliau akan menggosok giginya dengan siwak (kayu sugi)."
♥ Jom, amalkan sunnah yang mudah. Niat lakukan kerana IKUT Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana niat itu membuatkanmu disayangi Allah.
Jom cinta sunnah (◕‿◕).