Monday, June 28, 2010

:. IZZAT, IKAN KO DAH MATI :.

SKUDAI- 2 ekor ikan dipercayai milik Izzat(bukan nama sebenar) telah dikesan meninggal dunia sebelum dijumpai tinggal nyawa2 ikan oleh saksi, G-jo(bukan nama sebenar). Menurut saksi, beliau melihat keanehan pada ikan2 tersebut apabila tiada pergerakan di dalam air. Beliau yang berada di tempat kejadian terus bergegas ke arah bekas ikan tersebut. Sayang seribu kali sayang, ikan tersebut tak dapat diselamatkan kerana tiada siapa yang tahu memberikan pertolongan CPU.

Mangsa(si ikan) dipercayai didera oleh majikannya yang bertindak kejam dengan tidak memberi ikan tersebut makan untuk beberapa hari sekaligus menyebabkan fatal.

Walau bagaimanapun, atas keprihatianan saudara Khairul Hazwan(bukan nama sebenar), beliau telah menyemadikan jasad mangsa di Memorial Park kolej...


Dalam kejadian yang berasingan, pihak berkuasa memberitahu orang ramai, majikan tersebut boleh didakwa di bawah Akta 262 kanun keseksaan.....Jika disabit kesalahan, majikan tersebut boleh dikenakan hukuman penjara 18 tahun atau denda RM 3,000 atau kedua-duanya sekali.