skip to main |
skip to sidebar
Betapa pesta dunia yang sedang dihidangkan ini mengambil waktu betul-betul selepas Maghrib. Dan tentulah mereka yang mengikutinya akan tertumpu pada kaca tivi, dan tidak akan ke masjid. Dan satu perlawanan sebelah malam di dunia sebelah sana, adalah waktu hampir ke Subuh di dunia sebelah sini. Dek leka melayan hidangan dunia itu, Subuh pun menjadi terlajak. Terlajak kerana sememangnya tidur sudah agak lewat.
Kita pun berpesta tanpa rasa apa-apa salahnya. Orang lain bergembira dengan dunia, kita pun mahu turut gembira. Orang lain mahu bersorak meraikan tidak sampai tiga puluh orang kejar-mengejar sebiji bola, kemudian sesekali melonjak tinggi, menjerit-jerit atau meratap hiba apabila bola masuk jaring. Kita pun rela dengan sedar melepaskan Quran yang dibaca antara Mahgrib dengan Isyak, atau rela tidak beriktikaf di masjid, atau meninggalkan kuliah Mahgrib. Puncanya apa? Sebiji bola yang didemami seluruh dunia.Ah! Zalimnya kita. Betapa kita tewas dengan dunia dan keseronokannya. Betapa tiada lagi air mata Gazza, kebulur Muslim Palestin atau marah kita pada Israel dengan topeng Zionist yang merompak harta-harta sukarelawan kemanusiaan. Sambil bersorak, kita pun bergegar-gegar meneguk Coca-Cola seperti Israel menghirup darah saudara kita di Palestin. Sungguh rakus, tanpa rasa bersalah sedikit pun. Zalimnya kita! Kita pun tahu, kekuatan umat Islam hanya dengan tulusnya ibadah. Kekuatan kita hanya dengan yakinnya kita pada Allah.
Sayangnya kita pada Nabi. Dan cintanya kita pada prinsip-prinsip murni Islam. Kita jelmakan baju Islam sebagai pakaian yang namanya taqwa. Betapa Yahudi amat gerun pada muslim jika Solat Subuh mereka seperti ramainya orang bersolat Jumaat atau sunat hari raya. Betapa gerunnya Yahudi jika pemuda Islam berpegang teguh pada ajaran agama. Betapa takutnya Yahudi pada Islam jika setiap jiwa punya kekuatan JIHAD dalam diri. Jika kita takut berjihad mengangkat senjata, jihadlah melawan nafsu yang menjadi musuh terdekat kita. Lupakah kita, “Musuh sebenar diri berada dalam diri kita sendiri. Itulah NAFSU.
JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mencipta sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang mampu menghasilkan imej yang jelas dan tepat walaupun beroperasi dalam keadaan gelap.
Sistem yang dicipta oleh kumpulan penyelidikan fotogrametri dan pengimbasan laser, yang diketuai PROFESOR DR ZULKEPLI MAJID dari FAKULTI KEJURUTERAAN DAN SAINS GEOINFORMATIK mampu menjadi sistem pengawasan jenayah yang terbaik.
Hasil idea seorang penyelidik dalam kumpulan 16 orang itu, Mohd Farid Mohd Ariff, 30, adalah gabungan teknologi pengimejan moden dan bidang geomatik.
"Sistem ini membabitkan tiga komponen utama iaitu komponen kutipan data secara luar talian (offline) dan dalam talian (online), komponen penentukuran ruang dan komponen pemprosesan data," katanya di universiti itu di Skudai, hari ini.
Zulkepli berkata, kamera yang digunakan menggabungkan tiga teknologi pengimejan digital iaitu kamera video resolusi tinggi, penapis inframerah dan peranti tiga dimensi (3D) yang mampu merakam imej 3D dalam keadaan terang atau gelap.
Komponen penentukuran ruang pula adalah peranti penentukuran 3D yang digunakan untuk menentukuran ruang yang akan direkod CCTV.
Komponen pemprosesan data membuat pengenalpastian imej dengan kaedah fotogrametri yang dapat memberikan ukuran yang tepat dan cepat subjek dari sudut fizikal seperti ketinggian, keadaan dan bentuk wajah.
Zulkepli berkata, kajian bagi sistem itu mengambil masa dua tahun dan sudah diuji keberkesanannya dalam setiap sudut.
Kos pasaran sistem CCTV itu adalah RM60,000, dan walaupun lebih mahal berbanding kamera CCTV biasa, keupayaannya untuk memberikan imej dengan cepat dan tepat adalah lebih penting, katanya.
"Kita sekarang cuba untuk mengkomersialkan sistem CCTV ini," katanya. - Bernama
SUMBER : Berita Harian, 18 Jun 2010p/s : CCTV 3D nie adalah yg pertama di dunia..!! (n_n)
UTM was announced as a Research University by the Prime Minister, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak in parliament when he presented the 10th Malaysia Plan on June 10th, 2010.
This is a significant recognition by the government of UTM's contribution to the progress of the country based on innovation-led economy.
As far as I concern, till now, there are 5 research universities in Malaysia- UM,UPM,USM, UKM..and UTM is the latest one...
Let us together strengthen our capacity and enhance our effort towards making UTM more competitive and renowned while contributing to the enrichment of knowledge culture, innovative culture and first class mentality.