Saturday, February 25, 2012

.: STUDENTS LIFE DAH BERMULA :.

Akhirnye..dah seminggu bergelar Final Year Student for last semester..pas nie...boleh la graduate....

Biasalah..minggu 1st nie, sume orang busy..lecturers..students...ada yang nak drop subject, insert subject....ambik tandatangn penasihat academic..dan bagai2 lagi....PSM lagi....

Minggu nie, dah start class dah...and dah dapat 2 assignments...Mantap....haha...1 presentation..and 1 field work..Geocoding....So, x leh malas2 la....sem nie, semua orang struggle....masing2 nak jaga pointer...haha~~

So.....selamat menempuhi alam universiti kepada semua....

Oh..bdw...ini subjects yg aku ambik untuk last sem nie...Sengaja aku uji kemampuan aku dgn ambik 21 credits....YOSH!!!


Saturday, February 11, 2012

.:ADA SATU KISAH:.

Ada satu kisah tentang seseorang :

Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".
Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".
Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT.

Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu? Orang itu adalah KAMU!

Friday, February 3, 2012

.:MENGAPA DOKTOR BEDAH MEMAKAI BAJU BERWARNA HIJAU?:.


Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.