Thursday, December 30, 2010

:. MALAYSIA MENANG 4-2 PIALA SUZUKI, BUKTI ULTRAMAN X WUJUD :.

BUAT PERTAMA KALINYA

NEGARA KE 4
SELEPAS




THAILAND




SINGAPURA




VIETNAM





MALAYSIA....!!!!

Hup2..hooray... semalam.....Skuad Harimau Malaya telah mengaum membaham sang garuda di Stadium Gelora Bung Karno...kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang pantas..Walaupun bermain di tempat lawan, skuad Harimau Malaya berjaya menyerap tekanan daripada penonton Indonesia yang tak terkira banyaknye tu...



So..besok..ari Jumaat, Dato' Najib telah mengisytiharkannya sebagai public holiday untuk meraikan kemenangan kita bersama..Kemarau 14 tahun akhirnye telah terjawab..(erk iyalah..skrang bukan musim kemarau..musim hujan)..hehe~~

.: BERBICARALAH MELALUI HATI :.


Manusia hidup dengan hati (qalbu) dan perasaan.

Dua nikmat besar yang Allah kurniakan untuk manusia itu menjadi'manusia'.

Tanpa keduanya, kita tidak akan jadi manusia.

Kita akan jadi umpama robot, tiada hati untuk memilih hidup, hanya menanti disuruh. Tiada perasaan untuk merasai nikmat hidup.

Itulah kehidupan ROBOT. Ia dicipta untuk menanti arahan untuk dilaksanakan, baik atau buruk arahan itu bukan masalah bagi robot kerana dia tidak memiliki hati untuk memahami baik dan buruk. Ia juga tidak akan rasa apa-apa meskipun disuruh melakukan kehancuran mahupun kemusnahan.
Kerana ia tidak memiliki hati dan perasaan.

Berbeza dengan manusia yang Allah ciptakan.
Dia punya hati untuk menentukan baik buruk hidup ini.
Dia miliki perasaan untuk menikmati pahit manis hidup.


Sebab itulah, manusia berhubung melalui hati.
Kita tidak dapat menyentuh hati itu dengan tangan, namun kita mampu buat ia tersentuh.

Saturday, December 11, 2010

.: WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A :.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Saturday, December 4, 2010

.: JANGAN BENCI ANAK WAT HAL :.


aku nak berkongsi pendapat…
parents selalu membela anak yang pandai, baik, cantik, berkebolehan dan nampak bergaya… parents selalu sisihkan dan terlepas pandang dan benci anak yang nampak nakal, jahat, tak pandai, kuat melawan, wat hal dan kurang ajar…

bagi aku… dunia ni macam roda… yang baik bila2 boleh jadi jahat.. dan yang jahat bila2 boleh jadi baik..

dunia ni macam pentas drama… setiap kehidupan ada tragedi yang tragis… semua orang akan melalui kisah hidup yang merubah dan berubah… orang jahat bila diberi hidayah, lebih beramal dan bersivik dpd yang sedia baik.. orang baik bila diuji dan kalah dengan ujian boleh jadi lebih keras kelakuan melebihi syaitan… anak tu anugerah tuhan…



kadang2 dibuka aib masa muda yang songsang dengan kelakuan anak yang wat hal… kadang2 diperlihatkan dosa lalu ibubapa itu dengan kelakuan anak yang buat hal… jangan membenci anak yang buat hal… jangan buang daripada kehidupan… doalah tanpa jemu… doalah tanpa putus asa… doalah dan berfikir lebih dalam persoalan kehidupan masa lampau sehingga kini… setiap masalah ada penyelesaian…

terlalu fikirkan ujian hidup sendiri… kadang2 kita terlepas pandang ujian anak yang buat hal itu… kadang2 kita terlepas beri perhatian pada anak yang buat hal itu… kadang2 kita tak sedar anak yang buat hal memendam rasa dan menangis sendiri… kadang2 kita sendiri buat hal macam anak yang buat hal…

banyak sejarah cerita di akhir kehidupan.. selalunya anak yang buat hal jaga makayah mereka bila dah tua… anak yang disanjung buat selamba saja…

jadi, inilah sebuah kehidupan… jangan dipandang yang jahat terlampau jahat… jangan dipandang yang baik terlampau baik… biar adil dan bersederhana… sebab kita manusia… macam aku cakap… kita tak boleh hukum orang sebab kita bukan tuhan… kita tak boleh menjijikkan orang sebab kita bukan tuhan…

tuhan bagi ujian sebab tuhan tau kita mampu melaluinya… Ya Allah, terima kasih memberikan aku kefahaman mengenai kehidupan…

tapi, aku percaya.. Allah tak kejam pada hamba-hambanya… kita yang kejam pada diri kita… Astaghfirullah! Allahu Akbar!



Wednesday, November 3, 2010

.: 10 TANDA KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP :.

Assalamualaikum...
salam semua sahabat2 muslimin muslimat

sedikit perkongsian...

Bismillah....

Fussilat: 34
"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia"

10 Tanda Kebahgiaan di dalam kehidupan :

* Tidak rakus kepada dunia dan benar-benar ingin
kepada akhirat

* Sentiasa berminat kepada ibadat dan mempelajari
Al-Quran

* Sedikit bicara kecuali perlu

* Menjaga sembahyang yang lima waktu

* Bertawadhuk, merendah diri dan tidak sombong

* Bersahabat dengan orang-orang solihin

* Menjauhkan diri dari haram, sedikit atau banyak

* Sentiasa bersifat pemurah dan baik

* Kasih sayang kepada semua makhluk

* Selalu ingat kepada mati

Letakkan CINTA pada ALLAH dan RASUL itu sebagai yang tertinggi, insyaAllah kita akan merasakan kebahagiaan, ketenangan, kedamaian yang sebenar walau dalam kesulitan... Kedamaian dari Allah untuk ketenangan hati hambaNya yang selalu dekat kepadaNYA... Letakkan keyakinanmu 100% hanya pada ALLAH, pemilik segala makhluk langit dan bumi....

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...

MY LUV JUST TO ALLAH, RASULULLAH S.A.W.
my parents, friends....and all muslimin muslimat in the world...

"HIDUP MULIA MATI SYAHID"