Monday, January 9, 2012

.:TABAHLAH DUHAI PARA DOKTOR :.

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa2 selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. dia menukar pakaian+terus meluru ke blok pembedahan. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak:

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang ni??kamu tak ada rasa tanggungjawab ke??"


doktor tersebut tersenyum+berkata : "saya minta maaf, saya berada di luar hospital & saya datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik ti skrang ni, bolehkah kamu bertenang..?? kalau anak kamu mati sekarang ni apa yg kamu buat..??" :kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata : "saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang.. InsyaAllah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."




"memberi nasihat bila kita TAK mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan itu mengambil masa beberapa jam.. tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah

"kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?! tak bolehke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tanya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah.

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.. dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik.. dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Moral ~> Never judge anyone...because U NEVER know how their life is & what they're going through...
> may Allah bless all Dr n future Dr and gives them sincerity. kadang2 kebaikan mereka yg byk dlm merawat bagai xpernah ada, kerana kekurangan mereka yg sering digembarbemburkan. tabahlah duhai para Doktor!


Sunday, January 8, 2012

.:Nasihat-Nasihat Berguna Untuk Orang-Orang Yang Bercinta:.

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


.:FINAL EXAM :.

Skrang nie tgh musim final exam...aku dah lepas 4 paper+1 presentation (FYP)/(PSM)...so..skrang nie tinggal 1 paper jer lagi....x sabar dah nak habis nie,....nak balik rumah plak...last balik, time cuti rayer Haji dulu.....

Best of luck to everyone yg tgh ambik exam.....




Tapi, yg pastinya, tiap2 hari. kita sering diuji olehNya........

"Pelajar yang hebat akan selalu diberi latihan yang sukar sebagai latih tubi agar jadi cemerlang...
begitulah jua, Allah menurunkan ujian untuk hamba-hambaNya, jika kamu kerap diuji, bererti kamu ORANG CEMERLANG yang kerap Allah beri perhatian"



Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

2012. Terima kasih 2011, kerana menemukan saya dengan awak meskipun kita tidak lagi bertegur sapa.

Sekurang kurangnya, ada kenangan untuk disimpan di dalam memori kotak kepala ini..... (n_n)



P/S....mesti ramai yang azam tahun nie sama degn tahun lepas kan...? hehe....~

Thursday, September 1, 2011

.:SELAMAT HARI RAYER 2011 :.

"Tawan2 temua…tite nak sambut raya TAPI…………


Tite TAK NAK baju raya…
Tite TAK NAK kuih raya…
Tite TAK NAK duit raya…

Tite TAK NAK ketupat raya…
Tite TAK NAK rendang raya…
Tite TAK NAK enset raya…
Tite TAK NAK kasut raya…
Tite TAK NAK kek raya…
Tite TAK NAK tudung raya…
Tite TAK NAK bunga raya… (eh..termasuk sekali lak)
Tite TAK NAK semua tu la tawan2…

*
*
*

TAPI..............................

*
*
*

Ada satu jer yang tite nak…


Tite....................

NAK MINTAK AMPUN DAN MAAF DARI TAWAN2!!!

Tu jer tau yang tite nak…! Maafkan tite yer…T_T"