Saturday, December 11, 2010

.: WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A :.

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.

Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.

Wang RM50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya.

Saturday, December 4, 2010

.: JANGAN BENCI ANAK WAT HAL :.


aku nak berkongsi pendapat…
parents selalu membela anak yang pandai, baik, cantik, berkebolehan dan nampak bergaya… parents selalu sisihkan dan terlepas pandang dan benci anak yang nampak nakal, jahat, tak pandai, kuat melawan, wat hal dan kurang ajar…

bagi aku… dunia ni macam roda… yang baik bila2 boleh jadi jahat.. dan yang jahat bila2 boleh jadi baik..

dunia ni macam pentas drama… setiap kehidupan ada tragedi yang tragis… semua orang akan melalui kisah hidup yang merubah dan berubah… orang jahat bila diberi hidayah, lebih beramal dan bersivik dpd yang sedia baik.. orang baik bila diuji dan kalah dengan ujian boleh jadi lebih keras kelakuan melebihi syaitan… anak tu anugerah tuhan…



kadang2 dibuka aib masa muda yang songsang dengan kelakuan anak yang wat hal… kadang2 diperlihatkan dosa lalu ibubapa itu dengan kelakuan anak yang buat hal… jangan membenci anak yang buat hal… jangan buang daripada kehidupan… doalah tanpa jemu… doalah tanpa putus asa… doalah dan berfikir lebih dalam persoalan kehidupan masa lampau sehingga kini… setiap masalah ada penyelesaian…

terlalu fikirkan ujian hidup sendiri… kadang2 kita terlepas pandang ujian anak yang buat hal itu… kadang2 kita terlepas beri perhatian pada anak yang buat hal itu… kadang2 kita tak sedar anak yang buat hal memendam rasa dan menangis sendiri… kadang2 kita sendiri buat hal macam anak yang buat hal…

banyak sejarah cerita di akhir kehidupan.. selalunya anak yang buat hal jaga makayah mereka bila dah tua… anak yang disanjung buat selamba saja…

jadi, inilah sebuah kehidupan… jangan dipandang yang jahat terlampau jahat… jangan dipandang yang baik terlampau baik… biar adil dan bersederhana… sebab kita manusia… macam aku cakap… kita tak boleh hukum orang sebab kita bukan tuhan… kita tak boleh menjijikkan orang sebab kita bukan tuhan…

tuhan bagi ujian sebab tuhan tau kita mampu melaluinya… Ya Allah, terima kasih memberikan aku kefahaman mengenai kehidupan…

tapi, aku percaya.. Allah tak kejam pada hamba-hambanya… kita yang kejam pada diri kita… Astaghfirullah! Allahu Akbar!



Wednesday, November 3, 2010

.: 10 TANDA KEBAHAGIAAN DALAM HIDUP :.

Assalamualaikum...
salam semua sahabat2 muslimin muslimat

sedikit perkongsian...

Bismillah....

Fussilat: 34
"Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah kejahatan itu dengan cara yang lebih baik, sehingga orang yang ada rasa permusuhan antara kamu dan dia akan seperti teman yang setia"

10 Tanda Kebahgiaan di dalam kehidupan :

* Tidak rakus kepada dunia dan benar-benar ingin
kepada akhirat

* Sentiasa berminat kepada ibadat dan mempelajari
Al-Quran

* Sedikit bicara kecuali perlu

* Menjaga sembahyang yang lima waktu

* Bertawadhuk, merendah diri dan tidak sombong

* Bersahabat dengan orang-orang solihin

* Menjauhkan diri dari haram, sedikit atau banyak

* Sentiasa bersifat pemurah dan baik

* Kasih sayang kepada semua makhluk

* Selalu ingat kepada mati

Letakkan CINTA pada ALLAH dan RASUL itu sebagai yang tertinggi, insyaAllah kita akan merasakan kebahagiaan, ketenangan, kedamaian yang sebenar walau dalam kesulitan... Kedamaian dari Allah untuk ketenangan hati hambaNya yang selalu dekat kepadaNYA... Letakkan keyakinanmu 100% hanya pada ALLAH, pemilik segala makhluk langit dan bumi....

PUT YOUR TRUST TO ALLAH...

MY LUV JUST TO ALLAH, RASULULLAH S.A.W.
my parents, friends....and all muslimin muslimat in the world...

"HIDUP MULIA MATI SYAHID"

Monday, October 11, 2010

.: PAHALA TAKUT PADA ALLAH :.


dlm sebuah hadis qudsi ada riwayat mengenai blsn yg diberikan Allah kpd org yg takut kpd-Nya.Rasulullah SAW bersabda "Terdapat seorang lelaki yg tidak pernah berbuat kebajikan sama sekali.


Lelaki itu meninggalkan wasiat kpd keluarganya,"jika aku mati, maka bakarlah aku hingga hancur mnjd abu.Kemudian taburlah sbhgn abu itu di daratan dan sbhgn lg di lautan. Demi Allah! Jika Allah menghisabku, pasti Dia akan mengazabka aku dgn azab yg tdk pernah ditimpakan kpd seorangpun di alam semesta.!"

Ketika lelaki itu mngl dunia,maka keluarganya melaksanakan apa yg diwasiatkan kpd mereka.Setelah lelaki itu dihidupkan kembali,Allah bertanya kpdnya "Mengapakan engkau mlkn ini?".Lalu lelaki itu menjawab "Kerana aku takut kpd-Mu wahai Tuhanku,dan Engkau lebih tahu semua itu". Akhirnya Allah mengampuni lelaki itu berkat rasa takutnya pada keagungan Allah SWT.

Monday, October 4, 2010

.: CHECK LIST IMAN LEMAH :.





Senarai Semak Tanda Tanda Iman Kita Lemah Huhuhu


1) Bila Buat Dosa Rase Relax Jer. Steady, Cool Control Ayu N Macho. Selamber Jer Makan Ketupat Sambil Mengumpat Cicah Rendang Daging Saudara Sendiri Huhuhu...

2) Hati Keras Macam Batu Dan Tadak Keinginan Nak Baca Quran. Kalu Bace Harian Metro Bukan Main Jer, Tambah Tambah Lagi Harian Metro Sekarang Dah Macam Harian Seks Jer Muka Depan Dia "Gadis Sunti Dikenduri". Musti Beli!!

3) Rase Malas Nak Buat Amalan Kebaikan Contohnya Selalu Jer Malas Nak Solat Jemaah Lepas Tu Solah Buat Lambat2 Lak, Macam La Kalu Solah Kat Umah N Lambat2 Bole Diskaun Rakaat Tu.....Huhuhu


4) Menolak Dan Tak Suka Amal Sunnah. Nak Pakai Jubah Pun Rase Macam Berjalan Pakai Suar Dalam Kat Luar, Tapi Kalu Pakai Seluar Pendek Rase Bangga Semacam.


5) Selalu Mengeluh Dan Sedih Bila Kena Musibah, Tak Puas Hati Dan Asyik Mood Marah Jer Memanjang.


6)Tak Rase Apa2 Bila Dengar Bacaan Quran, Contohnya Kalu Dengar Janji Manis Allah Tentang Syurga Tak Rase Seronok Pun(Tak Macam Bila Bos Umum Nak Kasi Bonus), Dan Tak Rasa Rungsing,Sedih N Bimbang Bila Dengar Ayat Quran Tentang Neraka Dan Seksaannya(Tak Gelisah Macam Tima Surat Saman)

7) Rasa Liat Nak Ingat Allah Terutamanya Nak Berzikir. Kalu Nyanyi...Huh 5, 6 Juzuk Lagu Bole Abis Sehari...

8) Tak Rase Sedih Bila Ade Orang Langgar Perintah Allah. Peerrhh Nak Sedih Apa...Pergi Beli Lak Tv Tgok Orang Langgar Perintah Allah Hari2 Seluruh Dunia Dalam Umah Kita, Siap Tukar2 Channel Sambil Makan Nasi Dan Bergelak Ketawa Depan Tv.

9)Suka Status Dan Kekayaan. Kononnya Dengan Adenya Harta Bole Lak Lebih Sedekah, Senang Buat Amal. Pi Raaahhh Berapa Banyak Kete Mewah Parking Kat Masjid Time Subuh?

10) Cinta Pada Harta, Takut Bercerai Dengan Harta. Ish...Kadang2 Sanggup Lagi Bercerai Dengan Bini Dari Bercerai Dengan Harta.

11) Suruh Orang Lain Buat Kebaikan Tapi Diri Sendiri Tadak Keinginan Nak Buat.

12) Seronok Tengok Saudara Islam Kena Musibah. Member Jatuh Longkang Pun Ketawa Berdekah Dekah, Kat Mana Yang Lawak Pun Taktau, Tang Darah Ker...Tang Sakit Ker...

13) Hanya Mementingkan Tentang Halal Dan Haram, Tapi Tidak Mengelakkan Benda Yang Makruh. Ala....Makruh Jer...Setelah Ditranslate = Ala Tuhan Benci Ajer....Uhuks..


14) Suka Duk Buat Lawak(Perli, Bahan Gurauan) Dengan Orang Yang Buat Amalan Kebaikan Yang Simple2 Macam Cuci Masjid. "Lor Kutip Taik Cicak Kau Yer, Sesuai La Kau Jadik Ajk Taik Cicak," Muahaaaa.... Muaahaaa.....


15) Tak Ambik Tahu Tentang Ehwal Terutamanya Tentang Pupusnya Amalan Agama Orang Muslim. "Ala Fardhu Kifayah Jer"


16)Takde Rase Tanggungjawab Nak Berbuat Sesuatu Untuk Promote Islam.

17) Takleh Handle Bila Hadapi Musibah Or Malang, Tapi Asyik Menangis Menjerit Jer Time Musibah.

18)Suka Berdebat Walaupun Takde Untung Apa2 Dan Takde Bukti Kukuh.


19) Jadik Terlampau Cinta Dan Tertarik Hati Apa2 Saje Hal Berkaitan Dunia, Sedih Bila Hilang Atau Rugi Apa2 Yg Berkaitan Dunia Sajer...Jalan Kaki Tak Pakai Tudung Relax Jer, Tapi Bila Kena Ragut Jerit Bagai Nak Rak.....

20) Fanatik Dan Taksub Dengan Diri Sendiri.