Sunday, March 21, 2010

:. KEBAIKAN DAN KEJAHATAN :.

Firman Allah SWT: "Maka barang siapa mengerjakan kebaikan seberat zarah,
nescaya dia akan melihat balasannya. Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan seberat zarah, nescaya dia akan melihat balasannya" ( Az-Zilzal: 7-8 )

Setiap kebaikan dan kejahatan itu akan dinilai oleh Allah SWT meskipun sekecil-kecil zarah. Maka, saya menasihati diri saya dan sahabat-sahabat sekalian dengan perbanyakkanlah amal kebaikan di dunia sementara ini dan hindarilah kejahatan.

Waallahu Ta3la A3lam.

Wednesday, March 17, 2010

.: SUDAH CUKUP BAIK ? :.



Bismillah... Salam buat semua.. harap baik2 jer. sebab kita semua kan orang2 yg baik. insya-Allah.. mudah2an kita semua antara golongan yg sentiasa mencontohi akhlak mulia Rasulullah s.a.w.

لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا (al-ahzab: 21)
(Sesungguhnya pada akhlak Rasulullah itu terdapat contoh teladan yang baik bagi kamu, iaitu bagi mereka yang mengharapkan keredhaan Allah dan keselamatan pada hari Akhirat dan banyak mengingati Allah)


mgkn kita antara orang2 yg merasa diri dah cukup baik.. selalu membandingkan diri dgn org lain, menilai kelemahan orang lain.. tp hanya pada orang yg nilai akhlaknya lebih rendah daripada kita, yg kebolehan dan keterampilannya tidak mengatasi diri kita.

mengapa membandingkan diri dgn org yg selalu berkata kotor? sedang diri kita jarang sekali utk berzikir.. mengapa bandingkan diri dgn org yg malas membaca? sedang diri kita dah berapa lama tak buka al-Quran.. mengapa bandingkan diri dgn orang yg solat lewat? sedang diri kita sgt susah nak solat jemaah..

bandingkanlah diri dgn orang yg lebih baik daripada diri kita, akan nyata segala kelemahan diri ini.. mengenali kelemahan diri adalah jalan terbaik utk meningkatkan potensi diri.. bukan dgn terus menipu diri sendiri, tp dgn mencari apa yg lebih baik.. dan seterusnya menjadi yg terbaik.

wallahua'lam..

Sunday, March 14, 2010

.: BERMOTIVASIKAH AKU :.


Tiap kali Anda rasa anda malas dan kurang bersemangat, cuba tanya diri Anda dengan soalan ini: “bermotivasikah aku?”

Tanya dan terus tanya.

Selepas tu, diamkan diri sekejap dan jangan fikir apa-apa.

Jawapannya akan muncul selepas itu dalam bentuk kata hati atau signal biologi – Anda menguap dan tetiba merasa letih yang amat.



Tiap kali Anda tanya “bermotivasikah aku?” Anda sedang menghantar signal kepada tubuh badan Anda.

Signal ni dihantar akan meminta respon dari hati dan jasmani Anda.

Jika hati berkata YA, Anda akan cepat merasa bermotivasi.

Anda tetiba rasa bersemangat.

Anda akan tiba-tiba teringat apa yang Anda nak capai. Anda jadi rajin.



Jika jasmani berkata YA, Anda akan segera bingkas, mengelak dari malas.

Anda lebih banyak terbayang bantal, selimut dan katil dari matlamat Anda.

Jika Anda menguap dan bertangguh-tangguh, itu maknanya hati dan jasmani Anda memberi signal negatif.

Tafsirannya, Anda tidak bermotivasi.

Lakukan mental check sepanjang masa.



Caranya, tanya diri Anda dengan soalan “bermotivasikah aku” untuk merasai sejauh mana tahap motivasi Anda – rendah atau tinggi.


Saturday, March 6, 2010

.: SeLamat Hari Jadi AzizoL :.



Dam Dam Dum..Bunyi Mercun....teet..!!

Ops..tersalah lagu lak....

Happy birthday to me..happy birthday to me..happy birthday to Zizol..Happy birthday to me...Fuhh(bunyi lilin ditiup)..hoho..

26th February 2010...wow...I'm sweet 21 noW...dah boleh pergi mengundi dah....
Pejam celik, pejam celik, sekejap jer masa berlalu..bulan berganti bulan..hari berganti hari...

Sebenarnya, kalo kita fikirkan, umur kita bukan semakin bertambah..tetapi semakin berkurang..Ye lah, sebab kita semakin dekat dengan hakikat kematian..

Arigatou gozaimatsu ne diucapkan kepada sahabat2 yang wish birthday kat aku..hantar mesej birthday, via handset nor Facebook too....memang banyak...terharu sungguh rasa di hati..


Hmm...kalo nak ikutkan, aku bukan jenis yang mendedahkan bila my birthday is, because, kat situ, aku dapat menilai, siapa yang ambil berat pasal diriku and sapa yang anggap aku nie important dalam hidupnya... I mean, you can declare, which one is kawan, teman mahupun sahabat.. :-)...only by last year, I let the whole world knew...! really...

Kepada yang wish tu, aku sangat2 menghargai ucapan korang..kepada yang tak wish tu, terima kasih la jugak..boleh try lagi next year..hoho...~

Tapi..eh ada tapi tapi plak, sedikit terkilan jugak apabila bebudak KTGB nie sorang pon tak wish..maybe diorang busy kot(sajer nak sedapkan hati)..ku menunggu dengan sejuta harapan..hhhhh ..

Walau apapon, sekalung apresiasi dengan penuh kebesaran hati to Zizan, Fatin Rahayu, Amzaruddin, Tengku Anwar Hakim, Nadiah Umar, Abu Zarr Ismail, Yaya Nadyaa, Abang Jazlan, Najmi, Nazmi, Ila, Hafiz, Nas Rule, Erma Emira, Aten Jenny, Iju, Azmi Manan, Akbar Alhas, Diela Maharudin, Ukhti Maya, Rosnadiani Roslan, Sharif, Nur Indah, Syafika Halim, Rohaya Hitam, Fakrul Abadi, Kak Dila, Yaya Blushed SPM, Es Ahmad, Ummi Hawa, Ehsan, Lini, Khairi Faiz, Ahmad Nazirul, Izzudin Yusri, Sazlina Nora, Lyana Rasli, Hamizah, Fara Wan, Nur Fareha, Anis Farhan Kamaruzaman, Hafsah, E-jem, Fadir, Manan, Fareez Nordin, Dzulkarnain,Sri, Amna....

Ku doakan korang dimurahkan rezeki,panjang umur, dimudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..serta berada dalam lembayung Illahi selalu..Amin...

Sorry, kalo ada yang tertinggal...

Hoh...dengan usia skrang, apa yang aku harapkan adalah untuk menjadi insan kamil, berfikiran lebih profesional, melihat perspektif kehidupan ini dengan lebih terbuka...world2 jugak, akhirat jangan lupa..O.K...

Friday, March 5, 2010

.: Kakakku Dah Bertunang lol :.

Assalamualaikum....
hihi...

wah dah lama tak berblogging nie..dah lama keyboard nie tak mengatur bicara..skrng dah masuk first week bulan Mac..huh... x sempat aku nak update apa yang berlaku sepanjang bulan Februari yang lalu..O.k...let's start...

yeye..akhirnya pada tanggal 14 February 2010, Ahad...telah dilangsungkan majlis pertunangan kakakku, Kak Zana dengan jejaka pilihan kesuma idamannya dari Johor...




Gambar di atas tu, Kakak aku tgh disarungkan cincin pertunangan...sessi nie dilakukan kat ruang tamu...tapi, aku dapat tahu, kalo Johor style, diorang do this session kat dalam bilik...hoho~

Sorrylah...takl leh nak upload gambar2 lain,,,cz, gmbar family is for private use only..not for public....hoho...

Nie lak gambar anak saudara aku no.3..ecece....comel kan..??hihi..Airil nama diberi..

Alhamdulillah..semua berjalan lancar dan terurus..and maybe bulan Oktober nie majlis perkahwinan akan dilangsungkan...Maybe 10/10/2010..

Aku sempat juga diusik oleh beberapa orang pakcik, bila turn aku plak..??
Tersenyum je aku..ish..masih jauh untuk itu..belajor lu penting skrang nie...
Aku mengejar cita-cita dulu sebelum cinta..jangan yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran...

Walau ape2 pon, aku doakan yang terbaik untuk kakakku tersayang...Kebahagianmu,kebahagian kita bersama...1 family 1 happiness...
Bertambah lagi sorang ahli keluarga baru... ;-)