Thursday, November 12, 2009

:. cINTA siSwa-sIswI .:

Assalamualaikum sahabat2 sekalian...Ogenkidetsuka..??Hait, gengkidetsu...Tetiba ada satu gelombang tercetus di hati ini untuk berbicara soal cinta siswa-siswi...

O.K...apabila berdiskusi berkaitan naluri, manusia suka dicintai dan mencintai, hati pula kalau sentiasa senang akan menjadi bosan tapi kalau sentiasa susah hati akan menjadi rawan, nafsu adalah kelemahan manusia. Barang siapa berjaya menundukkan nafsu, martabatnya akan menyaingi malaikat, kalau ditundukkan oleh nafsu akan turun lebih rendah daripada binatang.Masya-Allah...

Memang susah merubah seorang musuh menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat, memadamkan kemarahan hati dan merubah muka marah dengan senyum, memberi maaf kesalahan sehingga atmosfera yang tadinya mendung menjadi cerah kembali. Memang susah melakukan itu, dan ini hanyalah pekerjaan orang yang berhati waja, mempunyai kemahuan yang besar dan bercita-cita mulia.


Namun sedar atau tidak, takwa kepada Allah Taala adalah yang perlu ditekankan. Betapa beratnya balasannya andai kita tersilap langkah dan akhirnya terjerumus ke arah maksiat yang pastinya kita semua maklum tentang balasan Tuhan.

وَٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ فِينَا لَنَہۡدِيَنَّہُمۡ سُبُلَنَا‌ۚ وَإِنَّ ٱللَّهَ لَمَعَ ٱلۡمُحۡسِنِينَ

Allah Taala berfirman yang bermaksud: Dan orang yang berusaha (berjihad) dengan bersungguh-sungguh kerana memenuhi kehendak agama kami, sesungguhnya kami akan memimpin mereka ke jalan kami, dan sesungguhnya (pertolongan dan bantuan) Allah adalah berserta orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya al-Ankabut (29:69)

Usahlah berlengah lagi untuk berhijrah, andai sudah terdetik dalam hati bahawa perlakuan kalian buat ini adalah salah dan dilaknat Allah Taala, segeralah berhijrah kerana teramat khuatir andai hanya kali ini sahaja peringatan Allah Taala datang untuk menegur kita dan kita pula tidak mengendahkannya, kita akan terus hanyut dengan dosa kita sampai ke akhir hayat kita.

BERJIHADLAH DALAM MENCARI CINTA YANG SUCI IAITU SELEPAS DINIKAHKAN......

Mengapa mencari kaca andai telah dijanjikan permata, dan mengapa mencari api yang membakar kalau sudah dijanjikan salju dingin. Bersabarlah untuk sesuatu yang lebih manis pada masa akan datang.


Jika kita mencari redha Allah dengan kemarahan manusia, nescaya dicukupkan Allah dengan keredhaannya , jika kita mencari kemarahan Allah dengan keredhaan manusia nescaya Allah Taala serahkan kita kepada manusia.

Mua’dz ra berdoa sebelum kematiaannya: Aku mencintai hidup hanya untuk tiga perkara iaitu untuk berpuasa di siang hari, untuk qiammullail di malam hari dan untuk berkumpul dengan para ulama

Carilah kesibukkan di antara lopongan masa dengan pekerjaan, dari sesenang pekerjaan yang dikira ibadat yang boleh menghasilkan pahala.

amen...


Kita Hanya Buih

Penduduk Islam dunia kini 1.57b..!!!!

NEW JERSEY 8 Okt. – Penduduk Islam di dunia kini berjumlah 1.57 bilion, nisbah satu kepada empat orang penduduk dunia, menurut satu laporan komprehensif, semalam. Laporan oleh Forum Pew Agama dan Kehidupan Awam itu menyediakan satu angka tepat yang sebelum ini jumlahnya hanya dianggarkan. Projek yang mengambil masa selama tiga tahun itu turut mendedahkan kenyataan-kenyataan yang mungkin mengejutkan. Sebagai contoh, Jerman mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Lebanon; China mempunyai lebih ramai penduduk Islam daripada Syria dan Rusia pula mempunyai lebih ramai penduduk Islam berbanding Jordan dan Libya."Andaian yang menyatakan bahawa Islam adalah Arab dan Arab adalah Islam, ternyata tidak benar dengan adanya laporan ini," kata Amaney Jamal, penolong profesor politik di Universiti Princeton yang mengkaji semula salinan awal laporan itu.
Pegawai-pegawai Pew menganggap laporan tersebut adalah yang paling lengkap dalam kategorinya dan meletakkan agama Islam sebagai agama kedua terbesar di dunia selepas Kristian, yang dianggarkan mempunyai antara 2.1 bilion hingga 2.2 bilion penganut.Laporan itu turut mendapatkan pecahan antara pengikut mazhab Sunni dengan Syiah tetapi kesulitan timbul kerana tidak banyak negara membuatpecahan seumpamanya, kata penyelidik kanan projek, Brian Grim. Maka, bilangan pengikut Syiah tidak dianggap khusus dengan laporan menganggarkan Syiah mewakili antara 10 dan 13 peratus daripada keseluruhan umat Islam di dunia, yang sejajar atau sedikit rendah berbanding kajian-kajian lain.

Sebanyak 80 peratus pengikut Syiah tinggal di empat negara iaitu Iran, Pakistan, India dan Iraq. Laporan turut mendedahkan bahawa meskipun nadi Islam terletak di Asia Barat, bilangan terbesar umat Islam adalah di Asia iaitu meliputilebih 60 peratus. Asia Barat dan Afrika Utara hanya mewakili kira-kira 20 peratus umat Islam, 15 peratus di Afrika Sub-Saharan, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat. Seramai 317 juta penduduk Islam atau satu per lima daripada jumlah keseluruhan penduduk Islam pula tinggal di negara yang penduduknya bukan majoriti Islam. Sebanyak 10 negara telah disenarai mempunyai penduduk dua per tiga beragama Islam iaitu Indonesia, Pakistan, India, Bangladesh, Iran, Turki, Mesir, Algeria, Maghribi dan Nigeria. – AP

Komen sket... :

Biarpun berbilion-bilion umat Islam sekalipun, kita masih seperti buih di lautan.....
Dunia Islam kian tercabar; dicabar dan dihina oleh musuh-musuh Islam. Umat Islam tidak dapat berbuat apa-apa melihat saudara seagamanya ditindas. Hal ini sudah dapat diramal oleh Nabi Muhammad saw sejak dulu lagi, dalam hadithnya: "Umat lain akan meratah kamu dengan rakus sebagaimana anjing-anjing yang mengelilingi hidangan makanan. Sahabat bertanya adakah kerana bilangan umat Islam yang sedikit? Baginda menjawab Tidak, bahkan jumlah kamu masa itu banyak sebagaimana banyaknya buih di permukaan air banjir. Allah mengikis perasaan gerun di dalam hati musuh terhadap kamu dan Allah mencampakkan dalam hati kamu `al-wahan'. Sahabat bertanya apa dia wahan itu ya Rasulullah. Jawab baginda `cintakan dunia dan bencikan akhirat."

:. LaWak-UjiKaji .:

Suatu pagi yang indah kat sebuah sekolah rendah, seorang guru yang begitu dedikasi mengajar anak2 muridnya tentang betapa bahayanya minuman keras kepada mereka. Sebelum memulakan mata pelajarannya pada hari itu dia telah mengambil 2 ekor cacing yang hidup, sebagai contoh kehidupan dan dua gelas minuman yang masing2 berisi dengan air mineral dan arak..

"Cuba perhatikan murid2.. lihat bagaimana saya akan memasukkan
cacing ini kedalam gelas, perhatikan betul2.
Cacing yang sebelah kanan
saya, akan saya masukkan ke dalam air mineral manakala cacing yang sebelah kiri saya akan masukkan ke dalam arak. Perhatikan betul2."


Semua mata tertumpu pada kedua2 ekor cacing itu. Seperti dijangkakan, cacing yang berada dalam gelas yang berisi air mineral itu berenang2 di dasar gelas, manakala cacing yang berada di dalam arak menggeletek lalu mati. Si cikgu tersenyum lebar, apabila melihat anak2 muridnya memberikan sepenuh tumpuan pada ujikajinya.
"Baiklah murid2, apa yang kamu dapat belajar dari ujikaji yang
cikgu tunjukkan sebentar tadi??"
Dengan penuh yakin anak2 muridnya menjawab,
UNTUK MENGELAKKAN KECACINGAN...MINUMLAH ARAK...

p/s : Bersabarlah dengan kerenah anak2 murid andai anda seorang guru..jangan cepat melatah...itu adalah salah satu cabaran sebagai pendidik...cabaran itu hanyalah sekelumit sahaja kalo nak dibandingkan tanggungjawab yant tergalas dek bahu..tapi, kalo dapat anak2 murid yang sengal, pening gak kepala..telan panadol ber tablet2 pon x sembuh lagi..Sabo je la~..





BurGer King Turn

A quotation mention "You're what you eat"
So, if you eat Burger , your body will look like burger...
Oh no..I'm gonna be fat....haha..no la.....ortodoks betol :p
Not far away from my beloved university, a new branch of Burger King just opened...
Thus, our "Tok Dalang" a.ka Izzat says, "Hey, let's try Burger King for our lunch"...
Then, I told them..Why not...hihi~

Without wasting any time,we rushed to the place...huhu..There's only small group of people having their lunch....
Well, for me, the price is expensive compare to KFC..but, never mind...just have some fun..

Here some pictures taken...
My order..This one cost you RM 14.69 ( I guest)......

...Lack of Vegetable..~ahaks~boleh la tahan
Membedal my friend's ice-cream... Nice mixture of flavour...
Hey...there's my burger..haha~
Muka x habes minum air....
Crocodile-mouth looks alike...haha~ new releases burger...RM 17 something...nak makan nie kene nganga luas2..ngeh3x...

:; HaBesKan mAsa seBeLum cUtI .:

HoLLa..huh..dah lama jari-jemari niey x menari di atas keyboard..
Huh..sem 3 yang tuff telah berlalu..ayok..camne la result sem niey...Bayangkan, dalam study week pon still kene wat assignmnets yang x pernah habes..kesian tol aku nengok dak2 niey(termasuk aku skali)..haha~

Ah..lupakan soal tersebut...ayuh kita berseronok...Hmm..cam beselah, kalo dah habis exam tu, pe lagi..melantak la kerja kami....Malam sebelum balik tu, kira2 jam 9.30 p.m, aku(Jojo), roomateku Riri, jiran sebelah bilikku Manman dan Muja2, WanWan, dan ZatZat..telah melakukan lawatan tak rasmi ke KFC..hihi~

....Encik Nubli x join kami kerana beliau sibuk melayan cite Korea kt bilik..manakala Encik Zuhdi telah balik pada tengahari itu kerana rumah beliau sangat jauh(padahal Melaka je)..hoho~
Nielah set yang aku beli...Dinner Plate+ Potato Wedges 2 set + Ice Cream...kenyang tol..ergh~Alhamdulillah...
Ice-Cream dia memang sedap...Rase aper ek..??Rase ais-krim la..huhu~ :pNie la muka2 kenyang..Muka dak baju kuning tu cam nak tambah lagi jer..ops~lalala~

Sorry ManMan, kat sini x der Nasi Goreng Daging Merah kesukaan kau..WanWan lak mengidam Nasi Ayam KFC..tapi dah habis lol...telan air liur je lah ek WanWan..hihi~