Saturday, February 25, 2012

.: STUDENTS LIFE DAH BERMULA :.

Akhirnye..dah seminggu bergelar Final Year Student for last semester..pas nie...boleh la graduate....

Biasalah..minggu 1st nie, sume orang busy..lecturers..students...ada yang nak drop subject, insert subject....ambik tandatangn penasihat academic..dan bagai2 lagi....PSM lagi....

Minggu nie, dah start class dah...and dah dapat 2 assignments...Mantap....haha...1 presentation..and 1 field work..Geocoding....So, x leh malas2 la....sem nie, semua orang struggle....masing2 nak jaga pointer...haha~~

So.....selamat menempuhi alam universiti kepada semua....

Oh..bdw...ini subjects yg aku ambik untuk last sem nie...Sengaja aku uji kemampuan aku dgn ambik 21 credits....YOSH!!!


Saturday, February 11, 2012

.:ADA SATU KISAH:.

Ada satu kisah tentang seseorang :

Pada satu hari yang indah, dia telah berkata, "الله اكبر".
Kemudian dia menyambung lagi, "لا إلـﮧ إلاَّ اللـَّـﮧ مُـכـمَّــدْ رَسُــولُ اللـَّـﮧ".
Selepas itu dia berkata, "لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى كُنْتُ مِنَ الظَّالِمينَ".
Dia menambah sikit lagi, "سُبْحانَ اللهِ وَبِحَمْدِهِ, سُبْحَانَ اللهِ الْعَظِيْمِ".
Dengan melakukan semua perkara berikut, dia telah diberi ganjaran yang sangat besar dari ALLAH SWT.

Kamu mahu tahu siapakah orang yang beruntung itu? Orang itu adalah KAMU!

Friday, February 3, 2012

.:MENGAPA DOKTOR BEDAH MEMAKAI BAJU BERWARNA HIJAU?:.


Selalu dalam bilik bedah kita selalu tengok doktor memakai baju hijau semasa bertugas. Kenapa?

Pada mulanya doktor dikatakan memakai warna putih kerana ia warna yang melambangkan kebersihan. Bagaimanapun, seorang doktor yang berpengaruh telah menggantikan warna putih dengan warna hijau kerana menurutnya warna hijau lebih sejuk.

Walaupun sukar dipastikan mengapa warna hijau paling sesuai bagi doktor untuk melihat lebih baik di ruang pembedahan, secara umumnya kerana hijau adalah warna berlawanan dengan warna merah.

Warna hijau dapat menyegarkan mata ahli bedah semasa melihat benda-benda berwarna merah, termasuk organ-organ tubuh yang berlumuran darah ketika pembedahan.

Melihat warna merah secara terus menerus menyebabkan signal warna merah di otak mengurangkan sensiviti terhadap variasi warna merah.

Alasan lainnya adalah, terus-menerus fokus pada warna merah akan menyebabkan pakar bedah kurang memberikan tumpuan dan mengganggu penglihatan doktor.

Jika warna baju-baju pakar bedah berwarna hijau, ilusi ini akan memudar dan tidak akan mengganggu penglihatan doktor.

Monday, January 30, 2012

.:ADAKAH ANDA SUKA LAKUKAN AKTIVITI INI SETIAP KALI BANGKIT DARI TIDUR???

ADAKAH ANDA SUKA LAKUKAN AKTIVITI INI SETIAP KALI BANGKIT DARI TIDUR???

--->>> "sapu kesan tidur di wajah dengan tangan, baca doa & gosok gigi".

Allahu Allah, sebenarnya anda telah pun mengamalkan SUNNAH² Rasulullah صلى الله عليه وسلم yang mulia ツ.

❀ ܓ SUNNAH bangkit dari tidur;

✔ 1. Sapu kesan tidur di wajah dengan tangan.

Hadis riwayat Imam Muslim: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم bangkit dari tidur, lalu duduk sambil menyapu kesan tidur pada wajahnya dengan tangan."


✔ 2. Membaca doa bangkit dari tidur.

Hadis riwayat Imam Bukhari:

الْحَمْدُللهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ الْنُّشُوْرُ
~ Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami setelah mematikan kami (tidur) dan kepada-Nya kami akan dibangkitkan.

✔ 3. Bersugi.

Hadis riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim: "Rasulullah صلى الله عليه وسلم tatkala bangun dari tidur, beliau akan menggosok giginya dengan siwak (kayu sugi)."

♥ Jom, amalkan sunnah yang mudah. Niat lakukan kerana IKUT Rasulullah صلى الله عليه وسلم kerana niat itu membuatkanmu disayangi Allah.

Jom cinta sunnah (◕‿◕).

Sunday, January 22, 2012

.:JOM BELAJAR 6 TRICKS BEST DI GOOGLE:.

6 Trik di Website Google Yang Agak Lucu

Nak tengok website google menari tak?Website google pun boleh jadi bola jampi. Macam-macam..Tak kan google nak jadi ahli sihir gak kot. Hehe. Semua ni ada trik. Nak buat macam mana? Sat nak ajaq..

1. Google Sphere
Buka website google >
taipkan Google Sphere > Tekan I’m feeling lucky.
Website google jadi macam mana?

2. Cari Chak Noris
Jom cari Chak Noris jumpa tak kat google. Buka website google > taipkan find
Chak Noris > Tekan I’m feeling lucky. Jumpa tak? Dia tulis apa semua sekali?:-p

3. Google Terbalik
Buka website google > taipkan
elgoog iaitu perkataan terbalik google > Tekan I’m feeling lucky. Jadi macam mana?

4. Google Loco
Buka website google > taipkan
google loco > Tekan I’m feeling lucky
Website google buat apa?

5. Google Epic
Buka website google > taipkan
google epic > Tekan I’m feeling lucky. Apa yang jadi?

6. Google Gravity
Buka website google > taipkan
google gravity > Tekan I’m feeling lucky. Apa dah jadi???

Wednesday, January 11, 2012

.: CONTENG-CONTENG DINDING BILIK LECTURER :.

Yuhuu..akhirnye siap juga Group Project GIS For Natural Resources nie...
Kami dibahagikan kepada 2 group...Group kami buat pasal River Management..Group satu lagi wat berkaitan Coastal Management....

Tugasnye...kene design dinding bilik lecturer..haha...



Seronok sebenarnye wat kerja nie..rilek2...gelak..gelak....gaduh..gaduh....critical thinking..planning..mmg enjoy habis...dah siap..mmg terharu...hehe...good job everyone...!


Monday, January 9, 2012

.:TABAHLAH DUHAI PARA DOKTOR :.

Seorang doktor meluru masuk ke ruang hospital dalam keadaan tergesa2 selepas mendapat panggilan kecemasan dari pihak hospital.. dia menukar pakaian+terus meluru ke blok pembedahan. dia mendapati ayah kepada budak yang berada dalam bilik pembedahan sedang berdiri menunggunya. apabila si ayah melihat doktor itu, dia terus berteriak:

"kenapa kamu ambil masa yg lama utk datang..??kamu tahu x anak saya dalam bahaya sekarang ni??kamu tak ada rasa tanggungjawab ke??"


doktor tersebut tersenyum+berkata : "saya minta maaf, saya berada di luar hospital & saya datang sepantas yg mungkin selepas mendapat panggilan kecemasan tu..dan sekarang, saya harap anda bertenang..jadi, saya dapat buat kerja saya.."

"bertenang kamu kata..?! kalau anak kamu berada dalam bilik ti skrang ni, bolehkah kamu bertenang..?? kalau anak kamu mati sekarang ni apa yg kamu buat..??" :kata si ayah dgn marah..

si doktor tersenyum lagi & berkata : "saya akan kata bahawa Allah telah berfirman dlm kitab-Nya yg suci " drp Allah kita dtg dan kepada-Nya kita kembali"..doktor tak mampu untuk memanjangkan hayat seseorang.. InsyaAllah kami akan cuba yg terbaik utk anak kamu.."




"memberi nasihat bila kita TAK mengalaminya memang senang..!" gumam si ayah..

pembedahan itu mengambil masa beberapa jam.. tak lama kemudian, si doktor keluar dgn gembira.. "alhamdulillah..anak anda selamat..!" dia terus berjalan tanpa menghiraukan si ayah

"kalau kamu ada sebarang soalan..kamu boleh tanya jururawat..!"

"kenapa doktor tu sombong sangat..?! tak bolehke dia tunggu beberapa minit supaya saya dpt tanya beberapa soalan tentang anak saya..?!"komen si ayah.

jururawat itu berkata sambil air mata mengalir di pipinya : "anaknya meninggal dunia semalam dlm kemalangan jln raya.. dia berada dlm upacara pengebumiaan anaknya ketika kami menghubunginya utk pembedahan anak encik.. dan sekarang dia telahpun menyelamatkan nyawa anak encik, dia tergesa-gesa utk menghabiskan upacara pengebumiaan anaknya.."

Moral ~> Never judge anyone...because U NEVER know how their life is & what they're going through...
> may Allah bless all Dr n future Dr and gives them sincerity. kadang2 kebaikan mereka yg byk dlm merawat bagai xpernah ada, kerana kekurangan mereka yg sering digembarbemburkan. tabahlah duhai para Doktor!


Sunday, January 8, 2012

.:Nasihat-Nasihat Berguna Untuk Orang-Orang Yang Bercinta:.

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah kau dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.

3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melaggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.

6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian darimu.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.


.:FINAL EXAM :.

Skrang nie tgh musim final exam...aku dah lepas 4 paper+1 presentation (FYP)/(PSM)...so..skrang nie tinggal 1 paper jer lagi....x sabar dah nak habis nie,....nak balik rumah plak...last balik, time cuti rayer Haji dulu.....

Best of luck to everyone yg tgh ambik exam.....




Tapi, yg pastinya, tiap2 hari. kita sering diuji olehNya........

"Pelajar yang hebat akan selalu diberi latihan yang sukar sebagai latih tubi agar jadi cemerlang...
begitulah jua, Allah menurunkan ujian untuk hamba-hambaNya, jika kamu kerap diuji, bererti kamu ORANG CEMERLANG yang kerap Allah beri perhatian"



Sunday, January 1, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2012

2012. Terima kasih 2011, kerana menemukan saya dengan awak meskipun kita tidak lagi bertegur sapa.

Sekurang kurangnya, ada kenangan untuk disimpan di dalam memori kotak kepala ini..... (n_n)



P/S....mesti ramai yang azam tahun nie sama degn tahun lepas kan...? hehe....~

Thursday, September 1, 2011

.:SELAMAT HARI RAYER 2011 :.

"Tawan2 temua…tite nak sambut raya TAPI…………


Tite TAK NAK baju raya…
Tite TAK NAK kuih raya…
Tite TAK NAK duit raya…

Tite TAK NAK ketupat raya…
Tite TAK NAK rendang raya…
Tite TAK NAK enset raya…
Tite TAK NAK kasut raya…
Tite TAK NAK kek raya…
Tite TAK NAK tudung raya…
Tite TAK NAK bunga raya… (eh..termasuk sekali lak)
Tite TAK NAK semua tu la tawan2…

*
*
*

TAPI..............................

*
*
*

Ada satu jer yang tite nak…


Tite....................

NAK MINTAK AMPUN DAN MAAF DARI TAWAN2!!!

Tu jer tau yang tite nak…! Maafkan tite yer…T_T"


Friday, August 26, 2011

.:2 PILIHAN + 2 TEMPAT:.

HIDUP CUMA ADA 2 PILIHAN :
Hidup dalam keredhaan Allah.
Hidup dalam kemurkaan Allah.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT :
Kekal di dalam neraka.
Kekal di dalam syurga.

Ingatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan
Dan Kita hanya diyakinkan oleh keyakinan Kita kepada rukun IMAN.
Rukun Iman itu pula Ada 6 Dan apabila
Hilang salah satu daripadanya maka hilanglah IA.

Kelazatan Dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT.
Tidak terduga oleh fikiran Kita Dan untuk mendapatkannya
Terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu
Dan puncaknya adalah SOLAT .. . Amat sukar untuk dipercayai
Bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat,
Umpama seorang yang mahu menaiki kapal terbang,
Tetapi tidak mempunyai boarding pass.

Dan
mereka yang sengaja melalaikan solat,
Umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem .. .
Apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai
Pada penerimanya .. . Lalu dia pun berkata
Setemnya akan dihantar kemudian.

Ada 2 penyelesaian dalam kes ini :
Dia mungkin didenda .. . Atau, suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah Kita semestinya bersyukur
Atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada Kita .. .
Sekurang-kurangnya Allah telah memberi udara
Secara percuma untuk Kita berzikir mengingati~Nya
Setiap detik Dan ketika, hinggalah Kita kembali
Kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang .. .
Lalu masuk ke dalam syurga dalam keadaan
Kita redha Dan Allah meredhai.

Semoga Kita semua berbahagia + sejahtera senantiasa
.. . Di dunia jua di akhirat kelak serta
Di dalam rahmat Allah s.w.t.


.:HIDUP = 3 HARI + 2 NAFAS:.



"HIDUP KITA CUMA DI DALAM 3 HARI:
Semalam ~ Sudah menjadi sejarah.
Hari Ini ~ Apa yang sedang Kita lakukan.
Esok ~ Hari yang belum pasti.

Hisablah Hari pertama semoga Hari yang kedua
Kita lebih baik kerana mungkin ajal Kita pada Hari yang kedua.


HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:
Nafas Naik.
Nafas Turun.

Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut
Adalah pemberian Allah secara percuma Dan
Carilah keredhaan~Nya dalam menggunakannya.

Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin itu
Nafas yang terakhir keluar dari tubuh bersama
Nyawa Dan roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.


Thursday, August 25, 2011

.:KEAJAIBAN HATI:.

Hati atau roh merupakan penciptaan yang ajaib di dalam diri kita. Di antara keajaiban hati ialah:

1. Hati atau roh boleh mentadbir kerajaan diri. Dengan bantuan nafsu dan akal, manusia boleh melahirkan tamadun.

2. Hati ibarat wadah tempat rebutan antara malaikat dan syaitan, hidayah dan kekufuran. Hati kalau tidak dididik, ia akan dipimpin oleh syaitan maka syaitan yang akan memberi ilham serta ilmu. Tetapi bila hati dididik, Tuhan yang akan memimpin dengan memberi ilmu dan hidayah melalui malaikat sehingga perasaan yang baik-baik sahaja diletakkan di dalam hati.


3. Hati atau roh ibarat cermin. Hati yang tidak dididik dan diasuh akan menjadi gelap dan hitam. Sekiranya dididik, hati akan bercahaya dan bersinar seperti cermin yang sentiasa digilap. Cermin juga mudah menangkap apa sahaja objek yang ada di hadapannya.

Ertinya, hati yang benar-benar bersih boleh menangkap apa-apa yang ada di Lauhul Mahfuz, ia akan diberi rasa-rasa yang tepat, hinggakan ada kalanya mendapat kasyaf, bisikan-bisikan yang benar, mendapat mimpi yang baik dan juga firasat, sebagaimana sabda baginda SAW: Maksudnya: "Takutilah kamu akan firasat orang mukmin, kerana mereka melihat dengan cahaya Allah."
(Riwayat At Tarmizi)



4. Hati yang bersih juga boleh mendapat ilmu terus dan Tuhan, kalau dia rasul atau nabi maka ilmu tersebut dinamakan wahyu. Bagi para wali atau orang-orang bertaqwa pula dinamakan ilham atau ilmu laduni. Ilmu ini bukan hasil belajar Cara biasa tetapi ia terus dijatuhkan ke dalam hati.

Ilmu yang diperolehi dengan hasil usaha biasa seperti membaca dan mengkaji, ia akan jatuh pada akal. Inilah di antara keajaiban hati yang Tuhan jadikan dengan ciptaan yang sangat unik. Hanya orang-orang yang Allah pimpin ;dan pilih sahaja yang dapat membaca perjalanan hati yang cukup halus dan seni.

.:WHAT A SUPRISE STUDY FEES :.

(click to enlarge)

Fantastic...Boombastic..

RM 2,421.....
My study fees that need to be paid for the next semester...
There is drastic increament due to 3RD semester fee as well as UTM Professional Course (new course introduce for all UTM students)...

Hemm...many students stated their unsatisfaction for this new policy...
Thanks god cz I got JPA scolarship as it not burden me much....but, for students who got PTPTN or Pa&Ma, I don't know what to say.....They have to save their budget starting from now..
Some say, "Skali skala nak makan laut ayam jugak...x kan nak makan ikan tiap2 hari".....

It's time for us to arrange our priority..cut-budget for thing which we do not need or not compulsory such as too much cinema, cigarettes, entertainment or anything related...

No such free things in this world..every thing has its' price....





.:INTERNSHIP AT INSTITUT PUBLIC HEALTH :.

Well, for the past 3 months, I underwent my internship at Institut Public Health(IPH) or in Malay-Institut Kesihatan Umum, Bangsar, Kuala Lumpur.... It was compulsory for all UTM students before graduating... IPH is under Ministry of Health of Malaysia....

Why IPH..? am I doctor-to-be..? No la....hehe~
I'm going to be a Geospatial Officer in the future...manage data about Earth...insya-Allah...
This is my offical nametag..I got involved in a project, "Mapping of Health Facilites and Services For Policy Decision Making"

The output of this project is to know :
a) Distribution of Health Facilities in Malaysia
b) To guide placement of 1Malaysia Clinic
c) To establish the spatial database for healthcare facilities in Malaysia
and so on....


Quite interesting for me myself explored the project. At least, I know how a project being conducted...

During my internship, I have to:
a) Locate health facilities using software such as Google Earth, MapSource, WikiMapia..etc
b) Develop database
c) GPS survey- need to cover the whole states of Negeri Sembilan and Malacca
d) Database updating
f) ArcGIS 10 analysis
e) Produce technical report..

The most exciting part...my total allowance was RM 2***.**......crazy right..? Bz, for someone who did internship basically obtain RM500/month....but me....hehe..jeng3x....rezeki3x....

So..dat's it...very simple update I guess...

These are my equipments during fieldwork...GPS+DSLR Camera+List of health facilities
In front of Klinik 1Malaysia in Negeri Sembilan
I got free Malay-Kueh from 'makcik' sells kueh near Bangsar...but this picture taken at LRT Sri Rampai after going back from work..hehe~~


.:BLOG DAH BERHABUK DOWH :.

Uhuk...uhuk..uhuk.....(batuk)....

Pergh...lame giler crazy giler crazy tak update blog nie.....

Berhabuk sudaa...sarang labah2 pon byk nie...nak kene bersihkan...silap haribulan spiderman pon wat sarang kat sini..eh....!


Sorry ler kawan2...kehidupan sebagai seorang pelajar nie agak busy....nak nak 3dr Year dah nak masuk 4rd year....macam2 aktiviti..dgn Klub Geoinformatik (aku bendahari).... Lawatan Ke Eropah (aku bendahari gak)-Global Outreach Programme... gerak kerja ke rumah Anak Yatim (aku bendahari lagi)....Hari Sukan SuGIS (aku pon bendahari laa-)...haha..semua aku bendahari..cm giler kuasa jer kan...haha~~

x per,,x per..update slow2 lah yer....gune prinsip kura2..biar lambat asalkan selamat~~






Saturday, February 26, 2011

.:GEGAK GEMPITA BIRTHDAY KU YANG KE-22 :.

Bumi mengambil masa 365 1/4 hari untuk melengkapkan satu putaran mengelilingi matahari...
Tahun berganti tahun, bulan silih berganti..hari semakin terganti....
26 Februari 2011(hari nie) teleh sempurna sudah umur ku yang ke 21....
Selamat datang umur 22...pergh...semakin dekat dengan dimensi prkahwinan...? x lah...semakin dekat dengan tirai kematian sebenarnya...


Sambutan yang ke-22 tahun nie lain dari sebelomnya..kerana aku di'prank'oleh coursematesku...
Nadzrin, Zuhdi, Amir, Izzat, Norman, Khairul Hazwan dan Pudin...first time kene nie....hehe~~


Malam tu, aku baru balik dari Masjid Sulatan Ismail(MSI) UTM, Skudai..menghadiri diskusi bersama Imam Muda Asyraf...Pas balik bilik...tgh2 kemas locker...skali datang la si Norman..peluk dari belakang...haha...tenaga si Norman tu dah la kuat...aku geletek dia....tak lepas2...huish


Diorang bawa aku pergi blakang blok kediaman..pergh..nak mandikan aku dengan air puaka..campuran air puaka terdiri daripada soya basi, petai, tepung..and macam2 lagi...huh~
Tapi...seb baik aku dapat idea secara spontan...time diorang nak simbah aku dengan air tu, aku pusing kan si Norman yang tgh memeluk aku...yeah..!! maknanya..si Norman la yang kene teruk..bayangkan air tu termasuk dalam mulut Norman...wek..wek...kalo aku, dah termuntah kt situ dah...Entah mengapa, beberapa percubaan membaling telur kat aku tidak menjadi..Yiahahah..!! suka..suka.....



Malam tu jugak, diorang rajin plak wat kerja amal..al-maklumlah..ada beberapa buah kereta yang terkena tepung...kene la basuh kete tu...



Pas mandi..bersih2 badan...aku lepak dalam bilik..membalas mesej2 birthday yang masuk dalam inbox...tgh khusyu' membalas..tetiba...lampu dipadamkan...begitu juga kipas...serentak dengan itu, melodi Lagu Happy Birthday memenuhi ruang bilikku..haha...i don't expect that one...
tersentuh jugak hati aku dengan diorang nie...usaha mereka itu bha...walopon dalam minggu nie banyak assignment..quiz..test..tapi diorang ada masa untuk wat preparation walo sedikit....ternyata aku terasa dihargai...thanks guys....I love u so much..MUAH3x....!!! =)
Biarlah seliparku putus..asalkan ikatan ukhwah itu semakin erat dan utuh...Amin~~

Monday, February 21, 2011

.: MAJLIS PERKAHWINAN KAKAKKU TERSAYANG ,KAK ZANA:.

Bismillahirrahmanirrahim.....Post yang ke 100 nie, aku tujukan khas buat kakakku tersayang, Ruzana binti Ismail.....


Alhamdulillah, bertambah lagi ahli keluargaku sorang lagi...Bagai sang puteri mendambakan sang putera, akhirnya, sebuah masjid berjaya dibina...Jejaka dari Muar, Abag Faizul Fazhairi menjadi pelengkap hidup kakakku...Sudah sempurna separuh daripada agamamu, wahai kakakku...

Busana Pengantin Pertama......

Busana Pengantin kedua....I like this one..awesome...!!

Busana Pengantin ke-3..time nak potong kek...

Busana pengantin ke-empat....bergambar di bilik pengantin...

Busana pengantin ke-5...bergambar dengan alam....


Banyak betol baju pengantin kan..x pe..xpe..time aku kawin nanti, aku wat bergambar atas pokok, atas bumbung rumah,atas kereta, dalam air..baru gempak....


Kepada anak sedaraku Nur Anis Zahirah, pas nie x leh dah nak tido dengan Kak Zana ye...haa...
Kepada Abang Fazrul, kalo wat kakak saya sedih, saya tarik telinga kamu..haha
Walo apapun, kami sekeluarga doakan moga berkekalan hingga ke syurga....Moga Kak Zana bisa menjadi bidadari di syurga buatmu....Amin~~

Saturday, January 8, 2011

.: BILA KITA MELAKUKAN KESALAHAN :.

Bila kita melakukan sesuatu,
ada kemungkinan kita membuat suatu kesalahan....
Bila kita membuat kesalahan, itu adalah hal yang hebat....
kerana kita berkesempatan untuk belajar sesuatu...

Akui kesalahan kita, teliti dan pelajari secara mendalam dan jawablah kesalahan itu kerana kesalahan adalah guru yang luar biasa....

DENGAN MENGENAL APA YANG SALAH, MAKA KITA AKAN MENEMUKAN APA YANG BENAR...




INSAF memang ok...BERHENTI ok... BERSARA lagi ok... BERTAUBAT paling ok..